top of page

1 KORINTUS 15:58



Shalom Anak Tuhan, saya Ronn daripada Main Campus USM, Penang. Sebelum ini, saya ingin mengucap Syukur dan Puji Tuhan sebab Tuhan menjawab doa saya selama ini iaitu join Next Gen 23, breakthrough dalam pelayanan seperti jadi Assistant Team Leader, penari rebana, backup singer, jadi speaker UBK, dan sebagainya. Sejujurnya, ada beberapa masalah yang telah berlaku dalam perancangan tetapi Tuhan telah membangkitkan saya semula dan atur kembali jalan yang terbaik dan sesuai ikut kehendak-Nya. Semua itu telah mengajar saya untuk lebih matang dan fleksibel dalam menghadapi semua masalah, bukan panik, malah berdoa dulu dan minta pertolongan daripada Tuhan. Percayalah, Tuhan akan menolong kita dan tepat pada waktu-Nya. Selepas itu, saya juga seorang yang masih “ragu-ragu untuk menyampaikan berita baik Tuhan’ sebab dulu belum dibaptis. Tapi, syukur sebab sekarang sudah dibaptis dan kini menjadi seorang yang lebih berani, yakin untuk sharing dengan berkeinginan “Tuhan, saya mau juga mereka dikasihi dan diselamatkan seperti Engkau menyelamatkan saya.” dan kesaksian setiap antara kita semua merupakan senjata Allah.

Selepas pelayanan NG, saya juga rasa terharu dan diberkati selepas nampak mereka mulai bertumbuh dari segi iman dan mendekat dengan Tuhan Yesus. Mereka sudah berani mahu post Bible verse, lagu rohani melalui media sosial daripada dulu yang takut dikecam. Anak muda, teruskan bertumbuh, bersemangat, bangkit dan jangan sedih lama sangat. Kamu bukan berseorangan, sebab Tuhan Yesus ada bersama dengan kita. Bangkitlah, dan “Pergilah, baptislah, dan ajarlah orang yang boleh dipercayai”. Jumpa lagi ya! Akak Ron rindu korang semua :D

Immanuel.


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page