top of page

40 ORANG YANG ISTIMEWA



Shalom semua anak Tuhan! Saya Wellie, berumur 21 tahun dan menuntut di USM Pulau Pinang. Di kesempatan ini, saya ingin membuat kesaksian saya sepanjang mengikuti program Mission Trip Next Gen 23 di Sarawak.

Antara kesaksian yang ingin saya kongsikan ialah berkenaan 40 orang yang istimewa yang telah Tuhan pilih untuk meneruskan pekerjaannya. Buat pengetahuan semua, saya dan team telah ditempatkan di sebuah sekolah, SMK A, untuk dilayani di sana. Kami telah meminta pihak guru ISCF untuk memilih 30 pelajar yang matang untuk dimuridkan. Namun pada hari kejadian, iaitu pada hari kami ingin menjalankan kelas pemuridan bersama murid yang dipilih, kami terkejut kerana jumlah yang datang lebih dari 30 iaitu 40 orang. Tapi bukan alasan untuk kami berhenti dan kami tetap mengambil mereka untuk dimuridkan.

Sepanjang kelas pemuridan dijalankan, saya dapat rasakan bahawa pelajar di sana mengambil masa yang lama untuk faham beberapa konsep. Walau bagaimanapun, saya tetap mengajar mereka dengan tekun dan dengan pimpinan Tuhan. Setelah selesai 2 kelas pemuridan, seorang teammate saya bertanyakan soalan kepada anak buahnya. Dia tanya macam mana guru ISCF memilih 40 pelajar ini. Jawab salah seorang pelajar di sana, dia kata guru ISCF telah menyuruhnya untuk pilih 40 orang pelajar bermasalah. Bila saya dan ahli kumpulan dengar, memang kami rasa seperti kecewa dan sedikit marah dengan guru ISCF. Kami rasakan seperti sia sia dan lebih bagus kami ajar yang betul-betul matang supaya proses pemuridan di SMK A ini lebih cepat. Sepertinya, saya dan kumpulan telah mempersoalkan pekerjaan Tuhan. Kenapa harus Tuhan membenarkan perkara ini berlaku?

Pada keesokan harinya, salah seorang hamba Tuhan dalam kumpulan kami telah mendapatkan jawapan dari Tuhan. Apa yang lebih luar biasa, Tuhan telah memberi jawapan itu terlebih dahulu sebelum kami tahu tentang 40 orang pelajar ini. Jawapan yang Tuhan beri adalah melalui devosi pada hari-hari lepas. Dalam ayat devosi tersebut, “setiap orang ialah seseorang”. Melalui ayat ini, ia telah memberikan kami jawapan bahawa, Tuhan tidak memandang latar belakang seseorang jika Ia ingin memakaiNya. Setiap orang yang telah dipilih adalah yang telah dipilih Tuhan. Melalui kesaksian ini, saya telah belajar mengenai satu perkara iaitu saya tidak boleh mempersoalkan siapa orang itu untuk melayani di pekerjaan Tuhan. Yesus tidak melihat siapa kita tapi dia melihat hati kita. Apa yang saya percaya Tuhan Yesus mempunyai objektifnya tersendiri untuk SMK A. Kami percaya bahawa 40 orang yang dipilih itu bukan pelajar bermasalah namun anak Tuhan yang ISTIMEWA untuk melayani di ladangNya. Itu saja kesaksian dari saya sewaktu Next Gen kali ini. SMK A, manise~ Terima kasih kerana membaca dan Tuhan memberkati.



Recent Posts

See All

Comments


bottom of page