top of page

“Aku tidak memerlukan teman!”


Dup dup – Dup dup – Dup dup!

Hanya bunyi degupan jantung sahaja menemaniku pada waktu itu. Setibanya aku di pintu keluar lapangan terbang Pulau Pinang, aku menarik nafas panjang dan menghembus sekuat hatiku. “This is it,” bisikku kepada diriku. “I am finally at USM!”

Beberapa minggu pertama aku di USM, aku berfikir bahawa aku tidak memerlukan kawan. Aku berfikir aku boleh bersendirian. “Aku sudah dewasa bah,” kataku. “Aku tidak memerlukan teman. Lagipun, aku ada Tuhan, kan?

Betapa silapnya aku kerana kesunyian perlahan-lahan menghantuiku! Bagaimana mungkin orang percaya boleh merasakan kesunyian? Bukankah kita ada Tuhan di hidup kita? Aku diingatkan oleh Firman Tuhan semasa Allah menciptakan Adam. Allah berfirman ‘tidak baik untuk manusia berseorang diri saja’ (Kej 2:18a). Walaupun Adam ditemani Allah pada masa itu, Allah tetap mengatakan bahawa tidak baik manusia jika manusia bersendirian! Aku bersyukur kerana pada masa itu, aku bertemu dengan CLC melalui sebuah program yang dianjurkan oleh CLC.

Kawan-kawan CLC inilah yang menemaniku ke hospital semasa aku keracunan makanan dan merawatku sehingga sembuh. Mereka jugalah yang menemaniku semasa study week. Kami sama-sama di saat susah dan di saat senang. Di setiap musim hidupku semasa aku di universiti, mereka ada di sisiku selalu; dan pada saat ini, mereka menjadi teman baikku.

Di tengah-tengah dunia yang penuh dengan kejahatan, apakah yang lebih indah daripada mengikut Yesus? Apabila kita dikelilingi dengan saudara seiman yang sama-sama mengikut Yesus – bersama kita! Kerana ‘berdua lebih baik dari seorang diri’ (Pkh 4: 9-10).


— Daniel Douni

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page