top of page

ANN'S TESTIMONY



Shalom~

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan satu kesempatan yang sangat indah untuk bersama-sama dengan anak-anakNya sepanjang NextGen bahkan juga diberi peluang untuk berkongsi kasih Tuhan dengan orang lain. Secara peribadi, NextGen 2023 merupakan trip misi saya yang pertama dan merupakan satu titik permulaan dalam mengembangkan pelayanan dalam Tuhan.

Sepanjang Pra NextGen, terdapat banyak perkara yang sudah saya pelajari tetapi topik yang banyak menegur saya secara peribadi ialah sesi pelipatgandaan rohani dan ada dikongsikan mengenai 3-third method. Tuhan mengingatkan saya mengenai visi yang sudah lama saya tanam tetapi belum terlaksana sehingga ke hari ini, di mana visi saya itu berfokuskan kepada pembangunan remaja di sidang lokal dan pelipatgandaan rohani dalam kalangan jemaat Tuhan. Syukur puji Tuhan bagi kesempatan yang sudah diberikan untuk mendengar sesi pelipatgandaan Rohani kerana ia telah membangkitkan semula semnagat saya untuk melaksanakan visi saya. Saya juga sangat bersyukur kerana dapat berjumpa dengan peribadi-peribadi yang hebat dan dapat melayani bersama mereka sepanjang NextGen.

Semasa NextGen pula, saya mengalami banyak breakthrough dan saya sangat bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang banyak memberikan dorongan untuk terus mengembangkan lagi pelayanan saya. Meskipun saya seorang extrovert tapi saya tidak begitu biasa untuk bercakap di khalayak ramai namun semasa sesi UBK, Tuhan sudah memberikan kekuatan dan keberanian untuk bercakap dihadapan orang ramai semasa slot UBK. Dari sana saya belajar untuk menyerahkan semua dalam tangan Tuhan dan biar Tuhan campur tangan. Semasa NextGen juga, saya telah diberi peluang untuk menjadi Worship Leader bagi Fellowship dan itu merupakan pertama kali saya menjadi Worship Leader kerana selama ini pelayanan saya hanya berfokuskan kepada pelayanan rebana, tetapi sudah lama saya mahu mengembangkan pelayanan saya dalam Praise and Worship, secara spesifiknya mahu menjadi Worship Leader cumanya saya tidak tahu mahu mula dari mana dan bila. Kasih karunia Tuhan terus dinyatakan melalui anak-Nya yang memberikan tugas WL kepada saya kerana rupanya Tuhan sudah mempersiapkan tempat untuk saya mula iaitu di NEXTGEN! Praise The Lord!

Akhir sekali, saya mahu mengucap syukur buat penyertaan Tuhan sepanjang NextGen 2023 kerana penyertaan Tuhan begitu nyata dalam setiap peribadi yang terlibat dalam NG23. Angkat Lalu Pegari, Aram Nyadi Ka Saksi Tuhan! Hallelujah!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page