top of page

Apa itu Pelayanan?



Heyoo , Shalom semua !


Sebelum saya mulakan kesaksian saya , saya akan perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Ceroline berumur 23 tahun dan berasal dari Sabah. Mission Trip (MT) kali ini merupakan MT saya yang kedua tetapi MT pertama bersama OA.


Untuk MT kali ini, jujur banyak breakthrough yang saya alami. Saya secara peribadi melihat dan merasakan sendiri bagaimana Tuhan bekerja dalam setiap peribadi dalam team saya. Tajuk kesaksian yang saya akan kongsikan ialah tentang “Apa itu pelayanan”. Saya sangat bersyukur kerana masih berpeluang untuk mengikuti MT kali ini. Walaupun pada awalnya saya mengalami banyak pergumulan untuk menyertai OAMT. Banyak keraguan dan ketidakpastian yang saya alami sehingga hampir membuat saya bertekad untuk tidak menyertai OAMT kali ini. Namun, apabila Tuhan berkehendak Dia pasti membuka jalan untuk setiap ketidakpastian dan saya percaya Tuhan mempunyai rancangan yang indah buat saya dan setiap peribadi yang menyertai OAMT kali ini.


Sepanjang minggu persiapan MT sehingga ke kampung yang kami layani, saya melihat bagaimana pekerjaan Tuhan dan saya sangat diberkati. Selaras dengan tajuk kesaksian saya, melalui OAMT kali ini saya lebih jelas tentang apa itu pelayanan dan kepentingan pelayanan. Melalui kampung yang team saya layani , saya melihat kepada keperluan pelayan-pelayan Tuhan di ladang-Nya dimana banyak jiwa yang perlu dilayani namun sangat kurang yang mahu melayani. Semasa OAMT ini, saya berpeluang untuk membawa satu perkongsian bertemakan “Pelayanan”. Melalui perkongsian yang saya kongsikan saya sendiri pun diteguhkan.


Tiada pelayanan yang tidak penting dan tiada pelayanan yang kecil. Mungkin ada diantara kita yang menganggap pelayanan hanya terhad kepada pelayanan yang kita lakukan di dalam gereja atau dalam persekutuan Kristian. Namun , dimensi pelayanan sangat luas dan pelayanan yang kecil dan tersembunyi sering membuat satu perubahan besar dimana Tuhan selalu rindu untuk bekerja melalui kita. Didalam Alkitab juga berkata bahawa Tuhan sendirilah yang memanggil kita untuk melayani (1 Kor 1:2 , 1 Pet 2:9, 2 Pet 1:3). Apapun perkerjaan kita, Tuhan memanggil kita untuk melayani. Dimana setiap kali kita memakai kemampuan atau talenta kita yang Tuhan berikan untuk membantu orang lain, kita sebenarnya sedang melakukan pelayanan. Tuhan tidak melihat perkara yang kita lakukan tetapi Tuhan melihat kepada hati kita. Tuhan sentiasa mempunyai cara untuk bekerja melalui kita. Satu hal yang penting bukanlah jangka waktu berapa lama kita hidup, melainkan bagaimana cara kita menghidupinya. Selain itu, saya juga sangat terharu dengan pertumbuhan setiap ahli kumpulan saya terutama untuk junior dan mereka yang pertama kali mengikuti MT. Saya doakan semoga mereka terus bertumbuh dalam pelayanan mereka.


Saya sangat bersyukur dapat melayani di kampung yang kami layani dan saya doakan supaya ada kebangkitan dalam kalangan jemaat supaya mereka lebih peka terhadap keperluan pelayanan di tempat mereka. Saya juga berdoa supaya anak-anak mudah di kampung tersebut terus dipenuhi dengan Roh kudus supaya mereka mempunyai hikmat dalam setiap perkara yang mereka ingin lalukan dan supaya mereka mempunyai hati yang sentiasa rindu untuk melayani.


Terima kasih untuk pengalaman dan peluang ini. Semoga melalui kesaksian ini, kamu diberkati dan saya mendorong kita semua untuk menyertai MT yang akan dating. Terus bersemangat dalam pelayanan kamu, Tuhan memberkati !


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page