top of page

BELIEVE IN HIM



Shalom! Nama saya Franklin Anak Ejam (Crew) Next Gen 2023. Puji Syukur saya naikkan hanya ke dalam nama Tuhan Yesus Kristus kerana telah mengutus kami menjadi anak murid-Nya seperti dalam Matius 28: 18 – 20, pergilah, baptislah, dan ajarlah. Sebelum itu, besar pengharapan saya secara peribadi untuk menyertai Next Gen pada kali ini, kerana inilah kali pertama saya diberi peluang oleh Tuhan secara peribadi untuk memberitakan khabar baik-Nya akan kerajaan-Nya kepada generasi-generasi yang benar-benar rindu dan haus akan kasih-Nya.

Pada mulanya, terdapat pergumulan yang saya hadapi sebelum menyertai Next Gen 2023. Ini kerana terdapat ketidakyakinan dalam diri saya untuk pergi lebih jauh lagi dalam perhubungan dan persekutuan saya dengan Kristus. Walau bagaimanapun, kelemahan saya dalam berkomunikasi dan memikul tanggungjawab sebagai Crew amatlah mustahil bagi saya kerana tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan Kristianisasi dalam masyarakat, bahkan saya tidak kenal pun apa itu ISCF. Walaupun begitu, saya mendapati diri saya semakin saya mencari Tuhan semakin saya mendapati diri saya tidak sempurna dalam menunaikan amanat agung ini. Saya serahkan keraguan dan apa yang saya lihat hanyalah sementara justeru saya berfokus kepada apa yang tidak dapat saya lihat adalah berkekalan (2 Korintus 4:18). Maka, saya membiarkan apa saja situasi berlaku bukannya menurut kehendak saya, tetapi biarlah kehendak Tuhan bisa terjadi melalui penglibatan saya dalam rombongan ini sebagai langkah pertama mengikuti Next Gen 2023.

Saya amat bersukacita kerana kedatangan kami ke sekolah A bukanlah secara tiba-tiba, tetapi ia telah ditunggu-tunggu secara dirancang akan pertemuan kami semua dalam hadirat Tuhan melalui rancanganNya. Dalam pada itu, remaja-remaja di sekolah A turut rasa dikasihi dan disayangi. Ini kerana mereka tidak pernah ada seseorang mendampingi mereka dan berkongsikan akan permasalahan mereka. Semuanya adalah pekerjaan roh kudus yang mendahului setiap perancangan kami dan melembutkan kekerasan hati remaja-remaja ini sehingga menitiskan air mata pengunduran diri mereka kepada Kristus. Saya amat bersedih akan pergumulan-pergumulan dalaman diri remaja ini telah menjadi akar-akar dosa yang menyebabkan mereka tidak mempunyai harapan lagi untuk hidup, walaupun mereka sudah menerima Kristus.

Saya juga terharu kerana melihat mereka ingin didoakan sebelum sesi ISCF untuk menyatakan kerinduan mereka untuk mencari kesembuhan jiwa mereka dalam Kristus melalui keterbukaan isi hati mereka untuk berkongsi. Saya ingin mengucapkan puji syukur kerana Tuhan lebih mengetahui isi hati mereka dan menghantar pasukan kami ke sekolah A. Pengharapan saya adalah untuk melihat benih-benih yang kami telah tabur di sekolah A tidak akan berhenti, tetapi akan terus bertumbuh dan besar erti membawa kehidupan sebagai seorang Kristian Rohani dalam diri mereka.

Puji syukur kerana Next Gen telah membawa sesuatu yang penuh bererti dan bermakna ke dalam setiap diri kami yang terlibat dan remaja-remaja yang kami layani sepanjang Next Gen ini.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page