top of page

Berada Di Tempat Yang Benar Pada Waktu Yang Tepat


Shalom, syukur Puji Tuhan kerana pada bulan September yang lalu saya berkesempatan menyertai Next Gen 2022 untuk kali pertama. Sebelum saya mengambil keputusan untuk menjadi crew dalam trip ini, saya mengalami pergumulan peribadi di mana saya berfikir bahawa saya tidak perlu untuk melibatkan diri kerana masih banyak perkara yang dapat saya lakukan selama sepuluh hari masa trip itu berlangsung.


Selain itu, saya berfikir, jika tempat trip itu jauh dari daerah tempat tinggal saya berkemungkinan untuk saya tidak mengikuti trip Next Gen itu tinggi. Namun, saya berkerinduan untuk melayani anak-anak muda yang haus dan lapar akan lawatan Tuhan dalam peribadi mereka setelah hampir tiga tahun pandemik melanda dunia. Saya bawa pergumulan itu dalam doa.


Puji Tuhan! Tempat trip Next Gen itu diadakan bersebelahan dengan daerah tempat tinggal saya dan hati saya lebih terbuka untuk tekad mengikuti trip misi. Dana bagi yuran saya sepanjang trip misi juga berlipat ganda kerana Tuhan kita yang Maha Pemurah menyalurkan berkat-Nya melalui peribadi-peribadi yang berkerinduan melayani bersama dalam trip misi itu.


Pada mulanya, saya kurang pasti perkara yang akan kami lakukan sepanjang trip misi kerana saya tidak pernah melibatkan diri dalam trip begitu. Namun, setelah melalui hari-hari trip yang begitu luar biasa, saya percaya bahawa saya berada di tempat yang benar pada waktu yang tepat. Melalui trip kali ini peribadi yang bernama Oyeh ini lebih peka dengan keadaan dan keperluan muda-mudi di sekitar. Saya ingin mengkongsikan sedikit ringkasan tentang perkara yang saya alami sepanjang Next Gen.


Pada Pra-Next Gen, saya lebih memahami cara untuk menjadi seorang pemimpin yang berlipatganda dan mengetahui bahawa begitu pentingnya memahami anak buah untuk membina sebuah kelompok yang saling melengkapi.


Sewaktu persiapan Next Gen, kami juga telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk mengunjungi keluarga-keluarga di sekitar kampung. Pengalaman ini merupakan pengalaman pertama saya melawati orang yang saya tidak kenali. Perkara ini mencabar diri saya untuk memberanikan diri berkongsi kasih Tuhan kepada mereka.


Namun, berkat kasih karunia Tuhan, saya dapat mengkongsikan berita baik itu kepada ahli keluarga yang kami lawati dan itu suatu kehormatan buat saya kerana Tuhan telah mempercayai saya untuk memberitahu orang lain tentang kasih Tuhan. Sehari sebelum Next Gen, saya mengalami demam, Puji Tuhan kerana saya sembuh pada hari pertama Next Gen itu berlangsung kerana kebaikan, kasih, dan penyertaan Tuhan.


Semasa Next Gen, saya berasa bersyukur dan gembira melihat ramai anak muda yang berkerinduan datang bersekutu bersama sepanjang konferensi itu. Puji Tuhan!! Next Gen ini telah menjadi suatu platform pertumbuhan rohani muda-mudi yang mengikuti Next Gen. Pelayanan ini ialah suatu pelayanan yang memberi kesan baik kepada kami yang melayani dan kepada anak-anak muda yang kami layani. Semuanya ini berkat Kasih dan Kemurahan Tuhan kita Yesus Kristus. Saya sangat bersyukur mempunyai kesempatan melayani dan bertumbuh bersama dengan sahabat-sahabat yang banyak mendorong saya dalam trip kali ini.


Thank you, Jesus, for giving me the strength to be able to join this trip that blessed me personally. Thanks to those who blessed me by giving me enough fund. Thank you to the churches for providing a place for us for the Next Gen-Regeneration Conference. Special thanks to all the chefs in the villages for the scrumptious food. Thank you to Brother Calvin and staff for supporting and helping us to make this trip a success.


Finally, thank you to those who are directly or indirectly involved in this mission trip. God bless all of you.


-Oyeh-

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page