top of page

BERTUMBUH DI DALAM TUHAN



Shallom, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan puji Tuhan di atas kesempatan yang diberikan untuk menulis kesaksian kami. Saya berasa sangat bersyukur kerana Tuhan sudah memberikan saya kesempatan untuk mengikuti Program NextGen ini buat pertama kalinya saya keluar dari zon selesa saya. Sepanjang mission trip kami berlangsung, saya sangat bersyukur sebab Tuhan hadirkan saya komuniti yang dapat membawa saya membangun dari segi iman saya. Jujur, saya memang rindu untuk berkumpul dengan komuniti yang begitu kerana sebelum ini, kehidupan saya memang jatuh bangun (terumbang- ambing) sampai saya tidak faham apa tujuan hidup saya. Sepanjang saya bersama dengan Team saya, mereka banyak mengajar saya erti kehidupan hidup bersama-sama Tuhan yang sebelum ini saya tidak mengerti. Saya sungguh diberkati dengan setiap individu dalam team saya yang Tuhan sudah temukan saya kerana saya sangat bertumbuh dari segi iman. Semasa kami masuk ke sekolah juga, saya mengalami breakthrough dalam hidup saya yang memang sebelum ini saya tidak expect contohnya menjadi pengajar. Syukur Tuhan berikan saya tanggungjawab dan kesempatan untuk saya mengalami pengalaman itu kerana sebelum ini memang saya tidak berkeyakinan apabila bercakap di depan ramai orang.

Selain itu, Tuhan juga memberikan saya kesempatan untuk menjadi MC, worship leader dan juga sebagai pendoa. Semasa saya menjadi WL untuk malam puji sembah kami, luar biasa Tuhan gunakan saya, saya tidak takut semasa berdoa dan apa saya rasakan pada saat itu, Tuhan pakai saya semasa mendoakan anak2 di sana. Semasa sy jadi WL, saya terharu dan menangis kerana saya rindu untuk melihat lebih ramai anak2 muda yang mengenal Tuhan yang dapat berkumpul bersama-sama untuk meyembah Tuhan kerna apa yang saya lihat pada waktu itu, sungguh ramai anak2 Tuhan yang haus dan lapar akan Tuhan tetapi kurangnya yang mendedahkan mereka tentang siapa Tuhan.Syukur puji Tuhan, Tuhan sudah berikan kami kesempatan untuk mengajar mereka tentang 4SL, ajar mereka untuk menjadi leader dan sebagainya. Dan diharapkan mereka dapat meneruskan untuk membawa lebih ramai rakan-rakan mereka untuk mau belajar firman Tuhan dan kenal siapa Tuhan.

Sebagai kesimpulannya, saya sangat bersyukur untuk apa yang sudah Tuhan berikan kepada saya yang walaupun menghadapi banyak masalah, Tuhan tidak pernah meninggalkan saya. Tuhan banyak mengajar saya untuk lebih berani, yakin dan tidak mudah putus-asa kerana Tuhan sudah berjanji untuk menyertai kita sampai selama-lamanya. Dan kesempatan ini juga, membuatkan iman saya bertumbuh yang membuatkan saya semakin haus dan lapar akan firman Tuhan dan mahu lebih mengenal Tuhan. Saya juga sudah menanam visi dalam diri saya untuk membawa lebih ramai kawan atau junior saya di universiti nanti untuk ajar mereka tentang kasih Tuhan. Doakan saya supaya saya terus menerus kuat di dalam Tuhan dan dapat melawan godaan dunia. AMEN!!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page