top of page

Bukan Aku, Tetapi Dia



Shalom ! Perkenalkan saya seseorang yang sangat tidak berkeyakinan diri untuk bercakap di depan lebih-lebih lagi dengan orang yang baru saya kenal. Setiap kali diberikan kepercayaan untuk mengelola tugasan yang memerlukan saya bercakap di depan orang, saya mula risau dan memerlukan masa yang lama untuk saya berlatih sendiri terlebih dahulu meskipun perkara yang ingin disampaikan tersebut mudah dan ringkas sahaja.


Saya bertanggungjawab menjadi pengajar salah satu tajuk sebagai persiapan awal bagi semua peserta. Jujur, saya sungguh tidak berkeyakinan untuk menyampaikan inti pati tersebut di depan. Terdapat banyak kerisauan yang sering menyebabkan saya berfikiran negatif terhadap diri saya sendiri. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk berlatih sendiri sambil menjelaskan supaya pada hari kejadian saya mengajar saya lebih bersedia. Keadaan tersebut disebabkan oleh saya menyedari saya kurang berkemahiran untuk bercakap spontan. Selain itu, lazimnya, saya kurang berjaya menguasai suara dan tangan yang gementar jika bercakap di depan orang.


Saya bersyukur mempunyai kesempatan untuk melawan kelemahan saya melalui pelayanan ini. Keadaan ini menyedarkan saya bahawa Tuhan mampu memakai sesiapapun tanpa mengira kelemahan atau kelebihan diri kita. Sepanjang saya sedang mengajar di depan, syukur saya tidak berasa nervous dan dapat bercakap dengan tenang tanpa rasa gementar.


Selain itu, sepanjang pelayanan ini, saya sangat tersentuh hati melihat keperluan mereka. Saya percaya ini merupakan pekerjaanNya yang memampukan saya untuk terus mengasihi. Justeru itu, saya mahu katakan bahawa bukan saya tetapi inilah pekerjaanNya. Tuhan memang tidak janjikan prosesnya mudah tetapi Tuhan berjanji bahawa Dia akan menyertai. Saya sungguh-sungguh dapat merasakan penyertaan Tuhan dalam kalangan setiap peribadi di sekeliling saya. Suatu keadaan yang terlihat mustahil pada mata saya, tetapi Tuhan izinkan pelbagai perkara berlaku di luar jangkaan saya. Keadaan ini mendorong saya semakin bertumbuh. Terima kasih Tuhan !


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page