top of page

BUKAN KUAT, BUKAN GAGAHKU, TETAPI TUHAN



Segala kemuliaan hanya bagi Yesus Kristus. Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana memberikan saya kesempatan untuk mengikuti Next-Gen 2023. Saya juga bersyukur kerana ada orang-orang yang menjadi tulang belakang saya iaitu ibu bapa, rakan-rakan CLC dan penyumbang dana. Ini adalah pertama kali saya mengikuti Next-Gen. Saya sangat bersyukur kerana saya dapat mengakhiri saat akhir saya sebagai seorang pelajar universiti dengan pengalaman yang sangat berharga. Saya sempat mendua hati untuk ikut atau tidak dan sungguh keputusan untuk mengikuti Next-Gen tidak salah. Dan disebalik semuanya itu, saya percaya Tuhan yang bekerja dan merencanakan semuanya ini.

Saya belajar banyak benda yang baru dan saya sangat-sangat diberkati dengan semua rakan-rakan pelayanan yang hebat dan mantap. Saya sangat suka dengan kerendahan hati semua orang dan sikap terbuka mereka. Keperibadian dan karakter mereka semua membuatkan saya selesa dalam lingkungan mereka dan sangat gembira kerana dapat bertumbuh bersama. Semasa Pra Next-Gen, saya belajar untuk berkongsi perasaan. Saya seorang yang tidak pandai untuk berkongsi perasaan dan setiap kali dalam masalah saya berusaha sendiri untuk keluar dari stres yang saya rasa saya boleh tanggung tetapi pada hakikatnya tidak. Syukur sepanjang dalam Pra Next-Gen dan Next-Gen saya bersyukur ada orang lain yang peduli dan ambil berat.


Di samping itu, Next-Gen juga sangat nyata penyertaan dan kekuatan yang luar biasa dari Tuhan. Jika bukan kerana Tuhan, saya dan team tidak dapat melakukan semuanya itu. Puji Tuhan! Melalui Next-Gen ramai jiwa anak-anak muda yang dimenangkan.

Recent Posts

See All
bottom of page