top of page

Choose to Trust



Shalom, saya Challven. Saya merupakan salah seorang Crew dan Team Leader dalam trip misi ini. Dalam kesaksian saya kali ini saya membawa tajuk “CHOOSE TO TRUST” kerana bagi saya tanpa kepercayaan yang sungguh akan diri saya, team dan yang paling penting akan Tuhan maka sia-sialah pelayanan saya sebagai anak Tuhan.


Ini merupakan trip misi kali ke-3 saya, Haleluyah Tuhan. Pada mulanya, saya tahu bahawa hati saya sangat terbuka untuk mengikuti trip misi tetapi sebagai team leader hati saya tiba-tiba menjadi berat. Tapi Tuhan tahu dikala saya memikul beban, Tuhan tidak pernah melepaskan saya. Kadang-kadang kita tidak tahu apa rancangan dan percobaan yang Tuhan berikan kepada kita. Tapi apabila kita merenungi 1 Korintus 10:13, firman ini betul-betul meneguhkan hati saya bahawa tidak ada pekerjaan yang menjadi beban jika semua itu untuk Tuhan.


Sepanjang trip misi ini banyak perkara yang berlaku, saya dapat melihat bagaimana rakan-rakan dalam kumpulan saya saling melengkapi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Setiap pilihan yang saya buat dalam perancangan trip misi ini disokong baik oleh kumpulan saya. Wow Tuhan, saya tidak sangka apabila saya bekerja dengan mengandalkan kekuatanMu Tuhan, tidak ada satu perkara pun yang buat saya mengeluh.


Detik yang paling bahagia dalam trip misi ini pula adalah pada waktu saya mendengar orang berkata Ya, saya percaya Tuhan Yesus. Hanya Tuhan yang tahu betapa bahagia hati saya apabila mendengar ayat itu. Setiap jiwa yang diselamatkan sudah membawa sorak sorai bagi kerajaan Syurga. Di setiap aktiviti dan kunjungan hanya satu ayat yang saya akan lafazkan iaitu “Biarlah Roh KudusMu yang bekerja Tuhan”. Wow, damai dan sukacita terus menyelubungi jiwa dan diri saya hanya dengan mengungkapkan ayat ini.


Untuk team saya, maaf dan terima kasih, “I cannot be the best leader, but I try to be a good leader”. Sayang team saya yang fleksibel. Setiap visi yang kamu kongsikan, saya percaya semua itu sudah kamu capai. Hubungan kita dengan Tuhan sangat penting, itulah sebabnya saya tidak mahu ada di antara kita yang berasa tertekan sepanjang trip misi dan puji Tuhan, kita sentiasa tenang. Jangan skip ayat-ayat firman yang lalu di tiktok dan instagram kamu ya hehehe. Tambahan pula, kamu semua bukan hanya sebatas rakan sepelayanan saya tetapi umpama keluarga yang telah membawa saya untuk bertumbuh di dalam Tuhan.


Akhir kata, mengiring Yesus itulah kekuatan hidup kita. Kita harus yakin anugerahNya mampu menjadikan kita anak yang berkenan kepadaNya.


HANYA DENGAN PERCAYA, HIDUP YANG BERKELIMPAHAN AKAN DIBERIKAN


~ Challven

Recent Posts

See All

留言


bottom of page