top of page

DALCIE'S TESTIMONY



Shalom! Puji Tuhan kerana dapat menyertai NextGen pada tahun ini. Saya mengetahui tentang kem ini sejak tahun lalu lagi tetapi tidak berkesempatan untuk turut serta. Bahkan tahun ini juga sebenarnya terdapat banyak rintangan untuk saya mengikuti kem ini tetapi saya percaya bahawa rencana Tuhanlah yang membenarkan saya untuk berada dalam kalangan Crews NG23!


Saya sangat bersyukur dan terinspirasi oleh setiap Crews NG kerana walaupun mereka mempunyai tingkah laku dan talenta masing-masing, tetap dapat dilihat bagaimana Tuhan memakai setiap mereka mengikut kehendakNya. Saya juga dapat merasakan kasih dan sukacita yang luar biasa melalui setiap mereka dan saya pasti semua ini kerana pekerjaan Tuhan. Saya turut bersyukur atas kesempatan untuk belajar dan bertumbuh lagi dalam tentang iman saya serta diberi peluang untuk melayani dan mengongsikan kasih Tuhan kepada orang lain. Melalui kem ini, I’ve gained so many new experiences and breakthroughs. Bukan sahaja kerana ini merupakan kali pertama saya naik kapal terbang dan pergi ke Bumi Kenyalang, malah banyak kali telah saya melangkah keluar daripada comfort zone semasa kem ini. Saya telah mempelajari tentang Penglipatgandaan Rohani serta Vision Casting yang telah meneguhkan saya tentang perkongsian Berita Baik. Saya turut tersentuh dengan satu ayat yang saya telah dengar semasa forum iaitu “Jika bukan kita, dunia yang akan menjangkau remaja”. Semasa kem NextGen berlangsung, saya dapat berkenalan dengan ramai remaja malah mampu mengajar mereka tentang 4SL. Saya mengimbas kembali saat saya pertama kali didedahkan kepada 4SL semasa Tingkatan 2 dan kini Tuhan telah memakai saya untuk mengajar tentang 4SL kepada remaja seumuran tersebut. Sungguh luar biasa pekerjaan dan rencana Tuhan! Saya sangat terharu dengan penerimaan remaja tersebut dan saya tetap mendoakan mereka agar mereka terus kuat dan bertumbuh dalam Kristus.


Saya sangat rindu dengan para Crews lagi-lagi teammates saya. Semoga kehidupan kita semua terus menjadi sebuah kesaksian dan berkat bagi orang lain. Saya harap pada masa hadapan akan bertemu dengan mereka lagi. Take care all and God Bless!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page