top of page

Di dalam Dia

Shalom ! Hek ma egah? Jes disini

Sejak perbincangan pertama bersama dengan pemimpin yang lain berkenaan dengan trip misi ini, saya sangat bergumul dengan keadaan kesihatan bapa saya dan trip misi ini. “Tuhan, saya rindu mau melayani bersama dengan yang lain dalam trip misi kali ini”. Kalau rancangan Tuhan untuk saya ikut, saya akan ikut. Puji syukur ! saya diberikan kesempatan untuk menyertai trip misi kali ini.


Pada trip misi ini, saya belajar untuk percaya walaupun belum melihat dan tiada gambaran langsung berkenaan dengan kampung yang akan kami layani sepanjang seminggu. Perkara yang saya kagumi dengan kumpulan saya kali ini adalah melihat bagaimana mereka tetap positif dan tenang dalam merancang semua aktiviti yang kami akan lakukan di kampung. Apa yang kami tahu hanyalah kampung itu terletak di kawasan yang agak jauh daripada jalan dan perlu menggunakan kenderaan yang sesuai (4x4) untuk sampai ke kampung tersebut. Berada di dalam kasih dan mempercayai rancangan Tuhan adalah selalu yang terbaik membuat kami tidak perlu terlalu khuatir akan apa yang kami lalui nanti.


Seminggu sebelum trip misi, persiapan doa dan puasa yang kami lakukan sangat memberkati dimana kami saling menguatkan antara satu sama lain melalui firman. Imani bahawa kemenangan ada di dalam Dia yang telah menang dan mukjizat yang sama terjadi pada trip misi kali ini untuk semua kampung yang dilayani.


Kami merupakan kumpulan yang terlebih dahulu bergerak berbanding dengan kumpulan yang lain. Apabila tiba di kampung, kami sangat diterima dan dilayani dengan baik oleh penduduk kampung. Hal yang berlaku ini membuatkan kami mudah dan senang untuk bergaul dengan penduduk kampung walaupun kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Penerimaan penduduk kampung adalah salah satu perkara yang saya takuti. Tapi, saya percaya melalui doa dan puasa yang telah dilakukan, Tuhan telah terlebih dahulu melawat dan menyediakan jiwa yang akan kami layani.


Ada satu hal yang membuatkan saya sedih sepanjang melakukan kunjungan kasih, iaitu dimana mereka sudah pernah mendengar dan mengenal Yesus, tapi ramai yang berpaling daripada Tuhan kerana mengalami kekecewaan di dalam kehidupan mereka. Hal ini membuatkan saya sedar bahawa jika kita tidak melihat kepada Tuhan, kita akan mudah merasa kecewa. Kita tidak sedar akan kehadiran Tuhan yang selalu ada bersama dengan kita dan bahawa Dialah sumber segalanya dalam kehidupan kita. Untuk menikmati keindahan itu, adalah baiknya untuk kita berada di dalam kasih Yesus. Melalui kunjungan kasih itu, saya percaya Tuhan bekerja dalam setiap hati dan keluarga yang kami lawati. Ada satu keluarga yang mengatakan “Tidak” semasa saya bertanya mau menerima Yesus. Tapi, sepanjang aktiviti yang kami lakukan disana, keluarga tersebut turut serta dan saya sangat bersukacita melihat keadaan itu. “Iya Tuhan, saya sudah melakukan bahagian saya untuk mengongsikan kasih Engkau, untuk yang seterusnya Tuhan yang akan bekerja”


Saya bersyukur akan penyertaan Tuhan sepanjang pengajara JOF bersama dengan muda-mudi disana. Saya rasa terbeban apabila melihat muda-mudi di kampung kerana mereka sudah pernah mendengar,tapi pengertian yang mendalam akan firman Tuhan itu kurang. Mungkin melalui percakapan dan Bahasa agak sukar untuk saya jelaskan kepada mereka, tapi “Tuhan, berikan saya khidmat dan rendah hati dalam pelayanan ini supaya apa yang mereka pelajari dapat diterima dan apa yang saya lakukan ini dapat membantu mereka untuk lebih mengenal Engkau”. Saya bawa mereka untuk belajar bagaimana untuk memimpin doa dan memberikan galakan kepada mereka supaya melangkah sedikit demi sedikit daripada ketakutan untuk berdoa. Mereka tahu bagaimana untuk berdoa, mungkin mereka takut doa mereka akan kedengaran salah.


Pada malam terakhir bersama dengan penduduk kampung, kami berkumpul di gereja selepas makan-makan bersama. Selepas makan-makan, saya rasakan kepala saya sangat sakit dan apa yang saya fikirkan pada saat itu adalah “Saya mau tidur saja, tidak tahan sudah saya Tuhan”. Duduk berhampiran saya pada masa itu adalah seorang ahli team kami, dimana pada masa itu mereka sedang bernyanyi. Mereka sedang belajar lagu “Gelora sukacita” dan tiba-tiba saya rasakan sakit kepala saya hilang serta merta pada saat itu. Dari manakah kekuatan itu datang dimana kami bermain permainan dengan lagu itu. Tuhan tidak akan menyia-nyiakan setiap kesempatan yang ada untuk memberikan sukacita. Mungkin sukacita yang mereka perlukan pada saat itu. Keeseokannya, kami adakan kebaktian bersama sebelum kami pulang. Biarlah apa yang kami sudah lakukan Bapa, akan membuahkan hasil yang manis.


Saya percaya Tuhan letakkan 5 roti ini dikampung yang tiada jaringan kerana Tuhan mau kami fokus akan pelayanan ini tanpa gangguan daripada luar. Pada masa itu, setiap individu di dalam team kami, masing-masing ada pergumulan. Tapi, rancangan-Nya selalu yang terbaik. Saya dipenuhi dengan sukacita dan kumpulan saya sangat menyokong. Terima kasih untuk kesempatan dan kenangan ini, 4 roti yang saya kasihi!




Recent Posts

See All

Comments


bottom of page