top of page

Dia Mengerti, Dia Peduli


Shalom semua.


Pertama sekali, saya ingin berterima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk berkongsikan pengalaman selama mengikuti Next Gen pada 1 September 2022 sehingga 11 September 2022 di satu kampung di Sabah.


Sebagaimana tajuk kesaksian saya, saya akan menceritakan tentang satu peribadi yang merupakan pendorong utama dalam hidup saya. Penyertaan Tuhan itu sangat nyata dalam kehidupan saya yang membuatkan saya mampu untuk terus berjalan dalam perjalanan rohani saya. Saya sangat bersyukur untuk beberapa peribadi yang sudah banyak membantu saya dalam mencari dana dan peribadi yang membantu saya menyiapkan bahan perkongsian saya kongsikan untuk remaja di sana. Saya percaya Tuhan telah memakai mereka untuk menjadi berkat bagi anak-anak yang memerlukan dan jawapan bagi doa-doa orang lain.


Terdapat banyak pergumulan yang saya hadapi tetapi saya memilih untuk diamkan sahaja. Terdapat banyak yang mengganggu fikiran saya semasa mengikuti trip ini tetapi saya memilih untuk melupakannya sementara. Namun begitu, pada saat saya memilih untuk mendiamkan diri, Firman Tuhan yang dikongsikan oleh seorang pastor semasa Pra Next Gen itu sangat menguatkan saya dan memberikan ketenangan dalam hati saya. Firman Tuhan itu datang tepat waktu untuk meyakinkan saya.


Dahulu, saya hanya mendengar sahaja bahawa “Tuhan peduli tentang kamu”. Apabila saya sendiri yang mengalaminya, saya dapat merasakan bahawa Tuhan betul-betul tidak membiarkan saya sendiri dan peduli tentang apapun yang saya sudah lalui dalam kehidupan saya. Saya juga merasakan kasih sayangNya dan penyertaanNya yang luar biasa. Pada trip kali ini, saya belajar tentang cara untuk tetap menikmati hadirat Tuhan walaupun saya sedang mengalami banyak pergumulan. Terima Kasih untuk semua crew yang sudah bersama-sama melayani. Saya sangat diberkati dengan setiap peribadi yang hadir dalam pelayanan ini. Tuhan memberkati semua!


-Aloi-

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page