top of page

Erti Bersyukur


Pada awalnya saya tiada keyakinan untuk menyertai Next Gen ini tetapi ramai rakan-rakan yang memberikan saya dorongan. Sebab utama saya tidak ingin menyertai program ini kerana saya tidak mempunyai bajet yang cukup untuk pergi ke sana. Walau bagaimanapun, saya sangat diberkati dengan pertolongan Tuhan semasa kami membuat usaha dana.


Dalam trip kali ini juga saya banyak mendoakan orang lain terutamanya semasa kami mengunjung rumah-rumah orang di kampung. Pada masa yang sama, kami juga dapat mempelajari sesuatu yang baru di samping belajar budaya di sana. Semasa pra Next Gen, kami mengalami pelbagai dugaan yang antaranya ialah bekalan air terputus di tempat kami menginap jadi kami perlu ke gereja di atas bukit untuk mendapatkan sumber air. Keadaan ini sangat mengajar saya erti bersyukur.


Selain itu, masyarakat kampung tersebut kebanyakannya sangat memerlukan terutamanya sumber kewangan. Saya sangat tersentuh hati apabila saya mendapati bahawa ada seorang budak berumur 13 tahun menoreh getah seorang diri demi sesuap nasi sedangkan kita hanya tinggal makan sahaja makanan sentiasa di depan mata. Jadi Next Gen ini mengajar saya erti kesabaran dan terutamanya bersyukur dengan apa yang kita dapat kerana semua rezeki yang ada datang daripada Tuhan. Semoga dapat saya dapat menyertai lagi trip sebegini di demikian hari kelak.


-Cassiedy-

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page