top of page

FROM STRESSED TO BLESSED



Shalom semua!


Syukur Puji Tuhan, saya dapat melewati dan mengalami tempoh dua minggu yang sangat luar biasa dengan penyertaan saudara seiman dan yang pasti penyertaan Tuhan. Sukacita saya ingin berkongsi disebalik tekanan yang saya alami sebagai seorang Asisstant Team Leader (ATL), banyak berkat yang saya terima dan telah menjadi berkat kepada orang di sekeliling.


Secara jujur, banyak pergumulan yang saya hadapi sebagai seorang ATL untuk team mahupun secara peribadi. Secara peribadi, saya happy kerana diberi kesempatan untuk melayani di tempat saya sendiri. Tapi saya sangat takut dengan penerimaan mereka tentang kunjungan ke sekolah dan aktiviti yang akan dijalankan untuk mereka.. Selain itu, sebagai ATL bagi team kami, saya risau tentang segala aktiviti dirancang. Disebabkan team kami hanya dibenarkan untuk masuk ke sekolah pada sesi petang, saya risau kami tidak cukup masa untuk melakukan program bersesuaian dengan objektif yang telah ditetapkan.


Di sebalik tekanan yang dihadapi, banyak benda yang saya belajar dan alami. Saya ditegur untuk tidak membiarkan kerisauan terus menghalang saya daripada melayani tetapi sebaliknya terus bersandar kepada Tuhan dalam segala hal. Saya sangat diberkati dengan setiap peribadi terutamanya team member saya sendiri. Setiap daripada mereka banyak memberikan pendapat, nasihat dan teguran kepada saya untuk ‘masalah’ yang sebenarnya boleh diselesaikan bersama. Sangat diberkati dengan keperibadian mereka yang sentiasa menghiburkan walaupun masing-masing penat dan tertekan. Selain daripada team member sendiri, pelayanan kami di sekolah tersebut sangat diberkati dengan guru kaunseling yang telah membantu kami dari awal perancangan aktiviti sehingga ke hari kejadian. Beliau sangat flexible dengan perubahan tentatif yang kami minta, bersama dengan kami sepanjang program dan suami beliau turut menguruskan pengangkutan kami ke sekolah.


Satu pergumulan yang saya hadapi berkenaan dengan penerimaan remaja di sekolah akhirnya telah terjawab apabila remaja tersebut sebenarnya sangat terbuka dan sangat menerima kehadiran kami. Mereka terbuka untuk share apa yang mereka kepada kami setiap kali sesi heart to heart. Sebelum pergi ke sekolah, banyak persoalan timbul. Bolehkah saya mulakan perbualan dengan mereka? Apa saya mahu cakap dalam sesi heart to heart nanti? Mampukah saya meresponi mereka? Tapi syukur Puji Tuhan, saya merasakan bahawa sesi heart to heart sangat singkat untuk saya mendengar isi hati remaja di sana. Melalui perkongsian mereka, saya banyak belajar supaya terus bersyukur dengan berkat yang Tuhan berikan dalam hidup saya sebab musim hidup mereka sangat mencabar berbanding dengan hidup saya pada usia itu. Saya berdoa agar Tuhan terus berikan mereka kekuatan dan saya pasti Tuhan akan buka jalan untuk setiap masalah yang mereka hadapi.


Sepanjang pelayanan di sana, saya sangat diberkati dengan team member, cikgu di sekolah, semua pelajar terutamanya yang mengikuti training session. Saya percaya Tuhan telah pilih kami untuk menjadi saluran berkat kepada pelajar matang tersebut. Satu hal yang sangat luar biasa berlaku, apabila last day training session, anak-anak Tuhan telah mengangkat satu lagu penyembahan bersama semasa kami sedang berdoa sebelum memulakan sesi training seterusnya. Mereka sangat bersukacita mengikuti setiap training dan saya percaya benih yang kami tabur dalam diri mereka akan menjadi bertumbuh dan mereka mampu untuk terus menjadi terang dan garam di sekolah.


Saya percaya penyertaan Tuhan sepanjang pelayanan telah menyebabkan transformasi From Stressed to Blessed dalam diri saya. God bless!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page