top of page

GOD IS GOOD, ALL THE TIME



Shalom dan hai! Saya Sonia dan ini merupakan pertama kali saya menyertai Next Gen. Sejujurnya, saya berfikir bukan dua atau tiga kali tetapi seribu kali untuk menyertai Next Gen ini. Pernah sekali buah fikiran saya mengatakan dan saya bertanya dalam hati saya “Patutkah saya sertai? Macam mana kalau saya tarik diri sahaja?” Namun saya mengatakan ini kepada diri sendiri “Apa salahnya sertai dan jalani semuanya dahulu? Selainnya biarlah rancangan Tuhan yang bekerja.”

Semasa sampai di tempat melayani, saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kerana anak-anak muda di sana sanggup membantu kami untuk mengangkut barang. Mereka juga bantu untuk mengangkat beg bagasi dan kotak. Mereka turut bantu kami untuk bersihkan tempat kami untuk melayani. Saya perhatikan bahawa anak-anak muda di sana sangat tekun mendengar perkara yang disampaikan. Semasa sesi breakout, saya dapat bertanya dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Mendengar tentang kehidupan sebenar mereka dengan telinga sendiri sedikit membuat hati saya sedih. Hal ini kerana, mereka datang daripada pelbagai latar belakang dan sudah semestinya mempunyai berlainan permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan tidak kira isu keluarga, persahabatan, pembelajaran dan persendirian. Sejujurnya, bukan senang sebenarnya untuk memenangkan hati dan jiwa anak muda bagi saya. Mungkin hari ini mereka menerima Kristus, namun bagaimana dengan esok? Kerisauan dan persoalan itu yang kerap datang dalam diri saya. Justeru firman Tuhan dalam Matius 6:34 menyebut “Sebab itu janganlah kamu kuatir akan hari besok, karena hari besok mempunyai kesusahannya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari.” Saya melihat anak muda di sana sangat merindukan dan mengasihi Tuhan Yesus. Tangisan yang gugur daripada mata mereka menyentuh hati saya. Sukacita yang mereka tunjukkan saat kami melayani turut memberi saya kegembiraan.

Syukur Puji Tuhan semua berjalan dengan lancar sepanjang kumpulan kami di sana. Saya merasakan bahawa setiap ahli kumpulan saya saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap kekurangan dapat mempelajari daripada kekuatan, setiap kekuatan dapat meneguhkan lagi yang kurang. Saya mempelajari banyak perkara dan memperolehi pengalaman yang saya sangka tidak akan berlaku. Rancangan Tuhan sememangnya yang terbaik. "Look at how Good Our God Is".

“Tak usah ku takut sebab Kau sertaku. Tak usah ku bimbang, Kau di dalam ku. Tak usah ku cemas, Kau penghiburku. Saat ku lemah, Kau kuatku.” “Sungguh Kau hebat, ajaib perkasa perbuatanMu di hidupku.” Terima kasih Tuhan. Engkau sangat baik 😊

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page