top of page

GOD IS WORKING YESTERDAY, TODAY AND TOMORROW.



Shalom!

Saya, Camelia, merupakan pelajar tahun pertama di Universiti Sains Malaysia. Syukur, Puji Tuhan, saya diberi kesempatan untuk menyertai NEXTGEN23. Banyak perkara yang saya belajar melalui NextGen kali ini terutamanya dari segi kemahiran kepimpinan. Saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi Team Leader dan sejujurnya, sebagai seorang junior tahun pertama, saya kurang mempercayai diri kerana merasakan diri ini kurang berpengalaman tapi Tuhan bilang “I choose you, go”. Pada saat ini, Yesaya 41:10 sangat menguatkan saya. Tuhan tidak melihat umur saya tapi Tuhan melihat kesanggupan saya untuk berani berkata ‘YA’.


Sebelum NextGen bermula, saya sangat bergumul tentang perancangan tentatif tetapi syukur Puji Tuhan, Dia sudah menyediakan segala sesuatu. He provides me with two Assistant Team Leader yang mantap oh! Mereka memainkan peranan besar dalam perancangan tentatif dan menghubungi guru. Saya sangat bersyukur untuk itu.


Jujur, semasa NextGen berlangsung, saya sedang berperang dengan diri saya. “Layakkah saya memimpin team ini, Tuhan?” Itu merupakan kata-kata yang terlintas dalam fikiran saya. Despite all of that, I still did my job to initiate the group’s work. Thank God, dengan kerjasama kami semua, kami semua dapat lakukan tanggungjawab kami di SMKS dalam sesi UBK mahupun ISCF. Saya juga mengucap syukur untuk Cikgu L yang siap sedia membantu kami dari segi masa dan tenaga. Sepanjang kami berada di sana, kami dianggap seperti anaknya.


Untuk para remaja di sekolah S, mereka sangat haus akan Firman Tuhan. Ramai antara mereka yang mempunyai kepahitan terutama dalam keluarga mereka. Saya melihat jiwa mereka yang sangat bersungguh-sungguh dalam mencari wajah Tuhan dan ya, ada antara mereka yang berpotensi menjadi leader untuk memimpin! Hallelluya!


Untuk persoalan yang saya tadi, saya telah dapat jawapan pada akhir NextGen ini iaitu Tuhan sedang mempersiapkan saya di NextGen untuk memimpin di gereja lokal saya sendiri. Indah betul jawapan yang Tuhan bagi kan? Aduh, kangen banget NG23! Jumpa lagi, Laskar Kristus!


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page