top of page

God Will Make A Way



Shalom! Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi pekerjaan Tuhan yang saya alami sepanjang OAMT.


Saya menyahut panggilan Tuhan untuk menyertai trip misi ini kerana saya ingin menjadi alat-Nya untuk memuliakan nama Tuhan di mana pun saya berada dengan memberitakan khabar sukacita kepada orang lain khususnya dalam OAMT ini. Sepanjang OAMT ini, banyak perkara yang telah saya peroleh salah satunya ialah untuk selalu percaya bahawa pertolongan Tuhan sentiasa tepat pada waktunya. Dia turut bekerja dalam apapun pergumulan yang kita hadapi asalkan kita tetap bersandar dan percaya kepada-Nya. Puji Tuhan, kuasa-Nya sungguh nyata kepada saya dari awal sehingga akhir OAMT ini di mana Dia sentiasa mencukupkan dan menyediakan segala keperluan untuk trip misi ini.


Selain itu, OAMT ini juga telah mengajarkan saya untuk menjadi lebih fleksibel dalam hal masa dan impak daripada itu saya dapat melihat pekerjaan Tuhan dalam apapun tindakan seterusnya di mana saya mendapati selalu ada jalan apabila kita berserah penuh kepada Tuhan. Di samping itu, kuasa Tuhan nyata dalam segala kelemahan kita. Apapun kesukaran yang cuba untuk menghalang kita daripada memberitakan khabar baik, semua itu akan dibatasi apabila Tuhan campur tangan. Jika Tuhan ingin memakai kita, tiada satupun yang dapat menghalangi kuasa-Nya dan kita pasti akan menjadi alat-Nya yang akan memuliakan nama Tuhan di mana sahaja dan bila sahaja.


Pengalaman yang tidak terlupakan dalam OAMT ini ialah kuasa Tuhan yang sungguh nyata dalam pemberitaan khabar baik di mana saya dan rakan-rakan yang lain diberi hikmat kemampuan untuk menjangkau jiwa-jiwa yang belum mengenal Tuhan. Saya dapat melihat pekerjaan Tuhan melalui keterbukaan hati orang yang diinjil untuk menjadikan Tuhan sebagai Juruselamat di dalam kehidupan mereka. OAMT kali ini merupakan salah satu pengalaman saya bersama Tuhan yang telah menjadikan saya semakin bertumbuh di dalam-Nya. Kerendahan dan kerelaan hati untuk menjadi alat Tuhan akan menghasilkan sebuah penerobosan yang luar biasa dalam diri kita dan saya percaya bukan dengan kekuatan kita tapi Dialah yang telah menyertai dan memberkati kita sampai selama-lamanya.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page