top of page

HIDUP MENJADI SAKSI & TERANG



Shalom semua,

Saya gunakan kesempatan ini untuk berkongsi bersama kita semua mengenai kesaksian saya semasa NextGen: Awakening 2023 yang telah saya alami beberapa hari yang lalu. Saya berasa sukacita untuk menyatakan kesaksian ini agar memberkati lalu membangkitkan iman kita semua. Saya sangat bersyukur kerana kali ini saya dapat bersama rakan yang lain untuk melayani bagi kemuliaan Yesus Kristus. Tuhan telah menggerakkan hati saya untuk menjadi sebahagian daripada crews pada kali ini.

Pada pra NextGen saya berasa amat diberkati kerana berjumpa dengan rakan-rakan pelayanan yang digunapakai oleh Tuhan dengan luar biasa namun saya masih terkilan dengan beberapa perkara jadi saya ambil masa untuk saya merenung kasih Tuhan sedalamnya. Pra- NextGen adalah permulaan untuk melatih diri melayani namun kebiasaan diri terlibat dengan penginjilan menjadikan saya mudah menyerap gaya pembawaan yang digunakan oleh crew pada kali ini. Namun perbezaan menjadi keunikan dalam pelayanan.

Saya sangat bersukacita kerana mempunyai kumpulan yang sangat supportive dalam pelayanan dan sangat gembira apabila berbual terutamanya semasa devosi, evaluasi, malah semasa program juga. Ditempatkan di SMK A menjadikan saya sangat teruja kerana penerimaan yang baik disana. Pertemuan dengan pelajar dan berkongsi pengalaman dalam pelayanan dan kehidupan serba sedikit memberikan kepada saya untuk membawa perwatakan Yesus Kristus iaitu, KASIH. Bernyanyi memuji dan menyembah Tuhan sangat membangkitkan iman diri untuk pelayanan di tempat lain pada masa akan datang.

Selain itu, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila kami berkunjung dan menyertai lawatan ke rumah panjang. Di rumah panjang kami dapat bersama penduduk rumah panjang makan, minum dan berkongsi kasih Yesus dengan mengadakan kebaktian, berkongsi kesaksian dan berdoa bagi penduduk yang sakit. Tuhan Yesus telah bekerja menggunakan setiap peribadi kami untuk HIDUP MENJADI SAKSI DAN TERANG YESUS KRISTUS. Semoga dengan perkongsian ini nama tuhan dimuliakan dan ditinggikan selamanya.

Akhir sekali, saya mengucap syukur atas penyertaan Tuhan Yesus sepanjang NextGen 2023 kerana tanpa penyertaan dan bimbingan roh kudus Tuhan dalam setiap peribadi pasti segalanya tidak seindah rencana Tuhan Yesus. ANGKAT LALU PEGARI, ARAM NYADIKA SAKSI TUHAN ! HALLELUJAH !

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page