top of page

IMMANUEL


Hai dan Shalom semua! Apa khabar hati anda? Nama saya Camelia, saya berasal dari Tamparuli, Sabah dan kini, melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia. Pertama sekali, saya ingin mengucap syukur kerana Tuhan memberikan saya peluang untuk menyertai OAMT ini. Sejujurnya, apabila saya telah di‘approach’ untuk menyertai mission trip ini, saya tidak berfikir panjang dan terus katakan YES! Hal ini kerana sejak saya berada di bangku sekolah lagi, saya ingin menyertai mission trip seperti ini. Saya percaya Tuhan menjawab doa saya melalui OAMT 2023 ini. Namun demikian, terdapat sedikit kegusaran dalam hati saya kerana ini merupakan trip misi yang pertama dalam hidup saya. “Bagaimana kalau saya tidak dapat berkata-kata dengan baik? Bolehkah dan layakkah saya untuk menginjil mereka?” Itu merupakan pertanyaan dan pergumulan yang saya alami sebelum trip misi ini bermula. Namun, Puji Tuhan, apabila saya melakukan saat teduh sendiri, Tuhan tegur saya melalui ayat alkitab yang terdapat dalam YESAYA 43:1-2.


Melalui ayat ini, Tuhan berkata kepada saya yang Tuhan sudah memanggil nama saya “Camelia, I choose you” dan Dia berjanji akan menyertai saya dari awal trip misi sampai akhirnya dan saya sesungguhnya dapat merasakan penyertaan Tuhan selama seminggu dalam pelayanan OAMT ini.


Semasa trip misi ini, saya sangat diberkati oleh Tuhan dan ahli kumpulan saya. Banyak juga pengalaman saya yang tidak dapat saya lakukan dan sekaligus membangun saya secara rohani. Antaranya ialah seorang bomoh dan isterinya di kampung A telah menerima Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Ketika itu, saya dan rakan saya, Jordy berjalan-jalan di sekitar kampung itu dan ternampak seorang nenek tua sedang duduk di luar rumah mereka. Kami pun pergi dan bercerita dengan nenek itu. Pada waktu itu, suaminya sedang berbaring kerana sakit. Namun demikian, apabila mendengar suara kami, suaminya pun datang mendekat dengan kami. Kami tidak melepaskan peluang untuk memberitakan tentang 4 hukum rohani kepada mereka dan sharing tentang kesaksian hidup kami. Suaminya juga memberitahu kepada kami bahawa dia sudah lama menunggu untuk orang datang ke rumahnya untuk memberitakan siapa Tuhan Yesus. Syukur, Puji Tuhan! Mereka mahu menerima Tuhan Yesus. Malah, benda yang paling mengejutkan ialah apabila Ibu Salma iaitu salah satu ketua gereja di kampung itu memberitahu bahawa suami itu merupakan bomoh yang paling kuat di kampung itu. Tuhan Yesus buka jalan dan menyertai kami untuk datang ke rumah itu dan mengabarkan Berita Baik kepada bomoh itu dan isterinya. Baru-baru ini, mereka baharu sahaja dibaptis. FUH, Tuhan hebat!


Kami semua tidak dapat lakukan semua ini tanpa Tuhan Yesus. Yesuslah yang menjadi sumber kekuatan bagi saya sepanjang trip misi ini. Penat? Konflik? Tidak cukup tidur? Jadual padat? Kod C? Kod G? Semua dapat kami lalui kerana Yesus ada, menjadi Imanuel bagi kami 15 orang sebagai satu kumpulan. Praise to the Lord for the saved souls!

Saya percaya mission trip ini tidak berhenti di sini sahaja. Setiap hari adalah trip misi untuk kita. Setiap hari kita diberi peluang untuk mengabarkan Berita Baik melalui percakapan dan tingkah laku kita. My question: Are we willing to grab the chances?

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page