top of page

INDAH PADA WAKTUNYA


Shalom dan damai Sejahtera! Saya Janiffer Rundin selaku crew bagi NextGen 2023 yang telah diadakan di Sarawak. Saya bersyukur kerana Tuhan Yesus selalu bersama saya disaat anaknya memerlukan. Setiap waktu setiap saat selama mengikuti NextGen ini sangat berharga bagi pelayanan saya kali ini. Kita tahu tahun berganti tahun , waktu pun berganti waktu tetapi waktu kita bersama saudara dan saudari seiman kita sangat indah pada waktunya yang dilalui oleh saya dengan membuatkan saya menjadi seorang lebih dewasa di dalam melayani. Saya juga diberkati dengan beberapa orang crew yang mengajar saya untuk melihat perkara dari sudut pandangan yang berbeza daripada kebiasaan yang saya lakukan supaya tidak terlepas perkara yang berharga seperti sukacita pada crew sepanjang Pra NG.

Tanpa kita sadari pekerjaan Tuhan sungguh luar biasa! Sebelum kita meminta Tuhan sudah dahulu mengetahui isi hati anakNya apa yang diperlukan. Seperti kakak si A ini pernah mengatakan bahawa beliau berkerinduan untuk membuat program seperti ini di sekolah dan kehadiran kamu semua tepat pada waktunya. Saya bersyukur kerana semua itu pekerjaan Tuhan yang menentukan yang terbaik bagi kita. Apa yang saya pelajari disini juga adalah ada satu hari saya diminta untuk mengambil adik ini yang berada jauh di pedalaman dengan keadaan jalan yang berbukit. Apabila saya mendengar jalan itu berbukit saya risau, saya takut tetapi saya mengatakan pada diri saya bahawa jangan takut kerana Yesus ada menyertai saya. Dalam perjalanan tersebut, saya bersama rakan saya si A ini saya memberitahu dia beginilah kita mencari Tuhan Yesus tidak senang dengan jalan yang berbukit,curam dan sebagainya tetapi kita harus tetap mencari dan berlari sampai kita memperoleh mahkota kekal. Ada diantara pelajar berkongsi bhawa mereka selalu mengatakan tidak pada semua yang mereka lakukan. Tetapi saya mengatakan pada mereka , kita harus tanam dalam diri kita bahwa kita boleh melakukan. Kerana semua itu adalah doa. Setelah itu, saya sangat bangga dan kagum akan respon pelajar tersebut yang positif.

Di sini saya percaya rencana Yesus sangat Indah pada waktunya! Amen! Sepanjang NextGen ini, saya sangat diberkati dengan kesaksian dan hubungan kami sekumpulan sangat memberkati diri saya. Setiap hari sampai ke lewat malam pun kami masih tetap menyembah Tuhan namun di pagi hari dalam pelayanan memasak juga kami saling bantu dengan sukacita antara satu sama lain. Terus tetap bangkit dalam kasih Tuhan Yesus kerana waktu yang indah akan datang pada tepat waktunya.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page