top of page

Jangan Takut, Percaya Sahaja.



Syukur dan Puji Tuhan kerana pelayanan OAMT 2023 telah selesai dilaksanakan dengan penyertaan Tuhan yang luar biasa! Puji Tuhan ini merupakan kali pertama saya menyertai OAMT. Sangat besar kebaikan Tuhan kepada anak-Nya ini sehingga dapat melayani-Nya dan mengonsikan kasih-Nya kepada OA. Puji Tuhan saya melihat para peserta OAMT sangat bersemangat dan menunjukkan kesungguhan dalam pelayanan mereka sehingga mengalami breakthrough yang luar biasa. Pelayanan OAMT kali ini mengajar saya perkara yang sangat indah iaitu percaya kepada Tuhan, mengalami kasih Tuhan secara pribadi dan jangan berjalan sendiri.


Team kami merupakan team paling sedikit pada trip misi kali ini iaitu hanya 5 orang . Jika dipikirkan dengan akal manusia, kami sebenarnya memerlukan lebih lagi daripada itu, namun itulah rencana Tuhan kepada team kami untuk kami mengalami kasih Tuhan yang luar biasa iaitu penyertaan Tuhan dalam team kami. Tuhan sangat mengasihi kami sehingga banyak perkara yang berlaku sama ada dalam fasa persiapan, perjalanan dan pelaksanaan setiap perancangan dapat kami lakukan dengan pimpinan Tuhan. Selain team yang kecil kami sebenarnya team yang kurang jelas kerana kami tidak sempat melakukan tinjauan di kampung tersebut. Jadi ada banyak perkara yang menjadi persoalan kami, sebagai contoh apa yang kami perlu lakukan, keperluan jemaat, keperluan kami dan sebagainya. Namun, inilah yang berlaku dimana kuasa Tuhan nyata dalam team kami sehingga setiap keperluan kami Tuhan sudah sediakan bahkan sangat selesa buat kami ditambah dengan sambutan orang kampung yang sangat ramah kepada kami.


Selain itu, Tuhan juga menegur saya untuk tidak berjalan sendiri sebagai anak-Nya. Semasa kami menyediakan BBQ untuk makan bersama orang kampung, saya berpikir bahawa saya patut melayani orang kampung dan dapat melakukannya kerana Tuhan ada bersama saya, namun rancanganku bukanlah rancangan-Nya dimana Tuhan memberikan kami hujan sehari sebelum kami BBQ sehingga kami tidak dapat menyalakan api akibat kayu api yang basah. Dalam hati saya ketika itu, saya berdoa kepada Tuhan untuk membantu kami untuk menyalakan api tersebut. Setelah lama bertungkus lumus menyalakan api dengan mengunakan banyak teknik, akhirnya api mula marak dan kami mulai tersenyum. Namun, beberapa minit selepas itu, hujan pun turun. Pada waktu itu saya agak tertekan dan tertanya-tanya kenapa perkara ini berlaku. Jadi untuk meneruskan misi BBQ untuk orang kampung, kami mengangkat arang yang sudah mula menyalah dan bergerak ke tempat teduh dimana orang kampung sedang memasak nasi mengunakan buluh.

Setelah sampai di sana, hujan yang mahu turun pun berhenti. Saya agak kecewa dengan hujan pada masa itu, namun itulah penyertaan Tuhan yang ajaib. Akhirnya, orang kampung membantu kami untuk memangang dan kami berjaya memangangnya sebelum masa makan yang ditetapkan. Oleh itu, saya sedar bahawa Tuhan sebenarnya ada rancangan yang lebih indah daripada apa yang saya rancang. Iaitu, Tuhan mahu kami bersama-sama dengan orang kampung agar dapat mengeratkan hubungan dan semestinya supaya kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Oleh itu, marilah kita hidup saling membantu antara satu sama lain untuk kemulian Tuhan.


Trip misi kali ini merupakan sebuah perjalan saya bersama Tuhan yang sangat indah. Sesuai dengan tema The Amazing Race, ini merupakan perlumbaan yang amazing kerana Tuhan bersama saya dan sebuah perjalanan iman saya untuk terus mengandalkan Tuhan dalam hidup saya. Tuhan itu baik dan saya bersyukur kerana Tuhan sudah menyediakan rakan-rakan yang sangat membangun dalam perlumbaan ini. Pada kesempatan ini, saya mahu berterima kasih kepada semua crews, TL, ATL, semua peserta, pemberi usaha dana dan semua yang terlibat dalam pelaksanan OAMT ini. Syukur dan Puji Tuhan inilah kesaksian saya untuk trip misi kali ini. Sekian, terima kasih dan Tuhan memberkati kamu. Amen!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page