top of page

KASIH KARUNIA TUHAN



Shalom, pada saat ini saya ingin menceritakan kesaksian saya sepanjang Next Gen 2023. Terlebih dahulu, saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya kesempatan ini untuk menceritakan kesaksian saya sendiri kepada orang lain dan telah memberi saya kasih karunia sepanjang Next Gen ini. Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan penyertaan Next Gen saya yang pertama dan sepanjang Next Gen 2023 ini saya berasa sangat bertumbuh dan diberkati. Selain itu, saya juga berasa sangat gembira kerana saya dapat mengenali ramai individu baru yang dapat membantu saya dalam pertumbuhan secara rohani. Suasana persekitaran juga sangat seronok kerana dikelilingi dengan orang-orang yang baik dan hebat dalam pelayanan. Oleh kerana ini penyertaan Next Gen saya yang pertama dan masih tidak mengetahui ‘Flow’ beberapa aktiviti, mereka sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar kepada saya dengan bersungguh-sungguh sehingga saya berasa yakin untuk mengurus aktiviti tersebut. Seterusnya, saya juga merupakan salah satu penceramah untuk sesi UBK bagi tajuk ‘Social Media’ di sekolah. Sepanjang saya memberi ceramah kepada pelajar, saya berasa sangat terharu dengan semangat pelajar-pelajar di sekolah. Mereka telah memberi komitmen yang sangat baik dan sentiasa mendengar tanpa berasa bosan dengan ceramah yang disampaikan. Tidak dilupakan juga untuk sesi ISCF, pada sesi ini saya sangat bersyukur dan gembira kerana saya dapat berkongsi firman-firman Tuhan dan kesaksian saya dengan pelajar-pelajar Kristian di sekolah itu serta mereka sentiasa kehausan akan firman Tuhan dan memberikan komitmen yang tinggi.Saya boleh merasakan pertumbuhan mereka yang sangat lebat dalam Tuhan dan berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang. Sekian ini sahaja kesaksian daripada saya sepanjang Next Gen 2023 dan saya harap pelajar-pelajar di sekolah itu sentiasa bertumbuh dalam Tuhan dan mengaplikasi semua ajaran yang telah kami sampaikan dalam hidup mereka.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page