top of page

KASIH TUHAN BEGITU BESAR



Puji Tuhan! Saya sangat bersyukur atas kebaikan Tuhan sehingga pada Next Gen23 kali ini Tuhan masih memberikan saya kesempatan untuk turut serta dalam pelayanan.

Jujur pada mulanya sukar untuk saya membuat keputusan sama ada ingin mengambil bahagian dalam pelayanan ini ataupun tidak. Hal ini disebabkan oleh tugasan universiti yang perlu saya selesaikan dalam tempoh masa yang sama Next Gen23 ini berlangsung. Namun berkat kasih Tuhan yang begitu besar dalam hidup saya membuatkan saya tergerak untuk menyahut panggilan Tuhan bagi menyatakan kasih-Nya dan menjadi saluran berkat kepada generasi muda.

Dalam pelayanan kali ini, saya melihat begitu ramai anak muda yang rindu dan sangat memerlukan kasih Tuhan. Semasa sesi Heart to Heart ramai anak muda yang mengongsikan beban dan masalah mereka. Kebanyakan daripada mereka mengalami masalah kekeluargaan di mana hubungan antara ahli keluarga yang kurang baik menyebabkan mereka tidak mengalami kasih yang sepatutnya mereka dapatkan dalam sesebuah keluarga. Di sini saya melihat bahawa kasih Tuhan perlu dinyatakan dan mereka perlu mengalami dan menyedari kasih Tuhan yang begitu sempurna dalam hidup mereka. Puji Tuhan, saya berkesempatan untuk mengongsikan kasih Tuhan kepada mereka. Saya sangat senang melihat penerimaan dan respon mereka tentang kasih Tuhan di mana mereka menerima dengan sukacita dan penuh pengharapan. Mereka menyedari bahawa ada seorang peribadi yang begitu mengasihi mereka sehingga sanggup mati di kayu salib bagi menggantikan posisi mereka iaitu Yesus Kristus.

Penyertaan Tuhan begitu nyata, saya percaya semua ini tidak berlaku secara kebetulan tetapi karena rencana Tuhan yang begitu indah di dalam setiap peribadi yang kami layani. Berkat penyertaan dan kekuatan yang Tuhan berikan telah memampukan kami untuk menyatakan kasih-Nya kepada generasi muda. Secara peribadi saya sangat diberkati dengan pelayanan kami kali ini. Tuhan menyedarkan saya, jika anak-anak muda ini tidak dijangkau, maka pengaruh dunia yang buruk yang akan menjangkau mereka. Kasih Tuhan begitu besar dan dunia perlu tahu akan hal ini.

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page