top of page

Kasih Tuhan yang Tidak Terbatas



Hai dan shalom semua! Nama saya Suzianah Steven, saya dari Kota Belud, Sabah dan sedang belajar di Universiti Sains Malaysia dalam kursus pendidikan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur dan puji Tuhan atas peluang dan kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk sama-sama melayani kali ini. Secara peribadi memang sukar jika kita melayani tanpa ada sebarang tujuan yang jelas. Maksud saya ialah sebelum keluar untuk melayani diri kita harus terlebih dahulu memahami kenapa kita harus melayani orang lain kerana melayani memerlukan kasih yang tulus kepada sesama. Hal ini demikian kerana jika kita hanya berpura-pura mengasihi orang lain melalui pelayanan kita, saya percaya tiada orang yang mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Mungkin sahaja orang tersebut boleh menunjukkan kasih yang pura-pura dalam masa 2-3 hari tetapi bagaimana dalam tempoh masa yang lama? Sudah tentu sikap sebenar peribadi tersebut akan keluar.


Oleh itu, saya ingin membawa satu kesaksian yang bertemakan “Kasih Tuhan Yang Tidak Terbatas” dan saya memetik ayat Firman Tuhan dari Kisah Para Rasul 26:23 yaitu, bahwa Mesias harus menderita sengsara dan bahwa Ia adalah yang pertama yang akan bangkit dari antara orang mati, dan bahwa Ia akan memberitakan terang kepada bangsa ini dan kepada bangsa-bangsa lain. Mengapa saya pergi melayani kerana saya sendiri telah mengalami kasih yang sangat luar biasa dan tulus tiada bandingnya daripada Tuhan Yesus. Dia Juruselamat bukan sahaja mati untuk satu bangsa tetapi untuk semua bangsa dan jika bangsa saya dahulu telah mendengar kabar Berita Baik ini bangsa lain juga harus mendengar akan kabar Berita Baik ini. Maka saya memilih untuk menyahut panggilan pelayanan ini kerana saya juga rindu bangsa ini mendengar isi hati Tuhan buat bangsa mereka. Ketika saya melihat wajah-wajah mereka sepanjang pelayanan ini hati saya sangat tersentuh kerana saya tahu bahawa Tuhan benar-benar ingin memulihkan keadaan mereka, Tuhan tidak mahu mereka terus-menerus hidup di dalam kekalahan tetapi Tuhan juga mahu mereka turut mengalami hidup yang berkelimpahan itu.


Oleh itu, setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk melayani maka melayanilah dengan sungguh-sungguh kerana hidup kita juga ialah satu anugerah daripada Tuhan. Hidup ini ialah suatu kesempatan untuk melayani dan menjadi berkat yang luar biasa kepada setiap orang kerana kita tahu setiap daripada kita mempunyai tempoh masa yang singkat di muka bumi ini.


Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page