top of page

KAU MENUNGGU HIDUPKU



Shalom kepada semua. Pelayanan saya sepanjang Next Gen ini memberi impak yang sangat besar serta saya dapat mempelajari banyak benda baharu yang boleh meneguhkan iman saya dengan lebih lagi. Jadi, saya percaya ini merupakan panggilan Tuhan untuk saya melayani anak-anak muda di luar sana yang memerlukan sokongan moral serta fizikal daripada kita semua.

Pelayanan saya di SMK A sangatlah bermakna. Pada slot UBK, banyak pelajar mempunyai masalah mereka tersendiri yang sukar untuk mereka mengkongsikan kepada guru-guru di sekolah. Tetapi, saya sangat bersyukur kerana setiap hari kami ada sesi heart-to-heart dan di sini saya dapat membantu pelajar dengan memberi beberapa nasihat serta selit Empat Hukum Rohani juga kepada mereka. Jadi, kebanyakan pergumulan pelajar dapat diatasi dengan keberanian mereka bertanyakan pendapat kami sebagai fasilitator.

Saya pula kongsikan topik UBK yang bertajuk Family Matter di mana topik yang agak sukar untuk saya bawakan. Tetapi, sepanjang saya kongsikan topik ini, ia memberi satu kesedaran kepada saya dan saya percaya itulah pekerjaan Tuhan kerana secara tidak langsung ia membuatkan saya fikir balik atas kesilapan yang telah dilakukan. Biasalah, manusia bukannya sempurna. Semasa sesi ISCF pula, saya pertama kalinya dapat melayani pelajar yang ramai dan ini merupakan kesempatan yang Tuhan berikan kepada saya untuk breakthrough untuk mengkongsikan firman Tuhan. Sebenarnya, banyak sangat perkara yang saya breakthrough sepanjang saya melayani di Next Gen seperti menginjil dan memuridkan, melayani sebagai penari rebana, penyanyi back-up, dan semua ini adalah satu kerinduan saya untuk memuliakan nama Tuhan. Saya juga berkesempatan untuk melakukan heart-to-heart semasa Solarium bersama pelajar A. Pelajar A meluahkan beberapa masalahnya kepada saya, dan saya percaya Tuhan akan memakainya dengan luar biasa nanti. Dia juga berasa sedih kerana kerinduannya dengan Tuhan serta fasilitator yang telah melayani dia, tetapi Tuhan memberi dia kekuatan untuk meneruskan perjalanannya. Tetapi apa yang penting, pelajar dapat mempelajari sesuatu daripada sesi UBK dan ISCF, tanpa mengira agama, setiap pelajar tersebut dapat dicapai dan menyentuh hati setiap individu. Puji Tuhan kerana saya dapat melakukan kehendak dan panggilan Tuhan. Saya percaya yang saya boleh bertumbuh lebih lagi dengan luar biasa. Immanuel!

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page