top of page

KEHIDUPAN MENURUT KEHENDAK TUHAN



SHALOM SEMUAA!! Nama saya Andy Stefanus Chuk,pelajar dari Universiti Sains Malaysia dan saya merupakan salah seorang assistant team leaders untuk Nextgen dan saya ingin berkongsi kesaksian saya sepanjang saya menyertai NextGen 2023 ini.


NextGen 2023 ini merupakan trip misi saya yang pertama di USM.Pada awalnya saya berasa tidak pasti untuk menyertai NextGen ini kerana sebelum trip misi ini,saya telah menyertai Karnival Sukan MASUM.Saya merasakan waktu saya untuk berada di rumah dan beristirahat tidak cukup.Apa yang saya tidak tahu adalah rancangan yang Tuhan sediakan bagi diri saya di masa hadapan.Saya sangat bersyukur kerana saya telah berjaya untuk keluar daripada zon selesa yang selalu menjadi halangan untuk pertumbuhan rohani di dalam diri saya dan begitu juga saya ingin berterima kasih kepada semua yang tidak jemu untuk mendorong saya menyertai NextGen.


Ketika melayani bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain,saya merasakan bahawa setiap kami telah dipilih oleh Tuhan bukan kerana kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kami melainkan oleh kerana potensi yang boleh dibentuk di dalam diri masing-masing kerana Tuhan telah merancang sesuatu yang lebih besar daripada apa yang kita alami sekarang.Seperti apa yang saya sendiri alami bahawa saya mendapati diri saya semakin berkeyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain dan ini merupakan suatu karunia yang telah disediakan oleh Tuhan kepada semua yang percaya kepada-Nya. Sebagai seorang yang percaya,tetaplah ingat bahawa Tuhan mempunyai rencana yang terbaik buat hidup kita dan Dia juga telah berjanji untuk menyertai kita sehingga ke akhir zaman.Apabila kita menyerahkan segala sesuatu kepada Tuhan,segala perancangan kita pasti menjadi yang terbaik mengikut kehendak-Nya.


Ketika melayani remaja di sekolah,disitu saya melihat keperluan rohani yang harus dilengkapkan dan keperluan untuk mengenal Yesus Kristus sebagai juruselamat supaya mereka dapat menikmati kasih karunia yang telah diberikan oleh Tuhan.Ini kerana semakin kita dekat dengan Tuhan,semakin kita boleh membentuk kepribadian diri yang boleh memberkati orang yang ada di sekeliling kita.Kasih karunia yang Tuhan berikan adalah hadiah yang terindah di dalam kehidupan setiap orang di dunia ini.Apabila kita memberkati orang-orang yang disekeliling kita,kasih karunia itu juga dapat dikongsikan bersama yang lain kerana Tuhan ingin kita saling mengasihi seperti kita mengasihi Tuhan dengan segenap hati kita.Inilah yang Tuhan inginkan melalui pelayanan yang kita lakukan supaya kita sentiasa berada dalam jalan yang benar dan terus menjadi terang dan garam dunia.


Semua yang saya pelajari dan alami sepanjang pelayanan NextGen ini merupakan berkat yang Tuhan berikan kepada kita.Tuhan ingin kita semakin dekat kepada-Nya dan Dia ingin kita menjadi saksi-Nya bagi dunia yang penuh dengan kegelapan ini..Biarlah semua perbuatan,pergaulan dan juga pemikiran kita menjadi lebih seperti apa yang Tuhan inginkan.Segala pergumulan dan masalah yang saya hadapi, semuanya sudah Tuhan selesaikan kerana saya percaya bahawa dia mampu mengubah segala sesuatu di dalam kehidupan saya.Hiduplah menurut kehendak Tuhan kerana itu pilihan yang terbaik yang ada di dalam hidup kita.Tuhan Yesus memberkati!!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page