top of page

KEKUATAN MU



Shalom!

Pertama sekali, segala pujian syukur kepada Tuhan Yesus dan kepada crew-crew Next Gen yang amat luar biasa. Kali ini, saya banyak belajar daripada pemerhatian saya dengan melihat pekerjaan Tuhan, terutamanya dalam kehidupan saya dan juga melalui semangat para crew Next Gen. Banyak perkara yang telah saya saksikan. Salah satu perkara yang sangat bermakna ialah kesedaran tentang keperluan remaja-remaja sekarang.

Akan tetapi, salah satu perkara yang saya mahu kongsikan di sini ialah kekuatan yang saya perolehi sebelum, semasa dan selepas Next Gen. Sepanjang persiapan perancangan Next Gen untuk kumpulan saya, saya adalah ‘Team Leader’, banyak pergumulan yang saya alami dan salah satu yang memberi impak terbesar kepada saya sewaktu beberapa hari lagi pra Next Gen bermula. Di mana saya terpaksa berhenti seketika persiapan dan perancangan saya. Tetapi, saya dikuatkan dengan satu ayat firman, Ulangan 31:8. Di saat itu, saya merasakan diri saya penuh rasa sebak akan kekuatan dan pengharapan yang Tuhan sudah berikan kepada saya selama ini. Begitu juga, sewaktu doa pengutusan semasa pra-Next Gen. Apabila saya mendengar seorang peribadi ini mendoakan saya dan mengatakan, ‘menyahut panggilan sebagai Team Leader’. Tanpa saya sedar, air mata saya mengalir apabila mengenangkan betapa besar Kasih-Nya kepada saya. Tuhan tidak memanggil orang yang sempurna untuk dipakai Tuhan. Justeru, di masa kita yang masih lemah dan terbatas ini, di masa kita ini, boleh dipakai Tuhan. Ya, saya mahu dipakai Tuhan, pakai saya bagi kemuliaan Tuhan, pakai saya jadi berkat, itulah yang saya katakan kepada diri saya.

Akhir sekali, salah satu berkat terbesar yang saya dapat sepanjang Next Gen adalah team saya. Pada awalnya, saya mengatakan untuk diberi kekuatan menghadapi team saya terlalu banyak karakteristik tetapi saya sedar, bahawa team saya yang memberi kekuatan kepada saya sepanjang Next Gen. Terima kasih Tuhan untuk setiap peribadi ini. Saya rasa bersyukur kerana ditempatkan di tempat saya layani dan setiap peribadi saya jumpa. Saya percaya, setiap benih yang sudah kami tabur tidak menjadi sia-sia. Next Gen kali ini secara tidak langsung telah memberikan saya banyak pengajaran dan pertumbuhan. Saya harap dapat berjumpa lagi dan melayani bersama dengan crew Next Gen.

Till next time, everyone!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page