top of page

Kerinduan Menjadi Panggilan


Saya masih ingat ketika Cerol menjemput saya untuk mengikuti Next Gen pada awal bulan Jun 2022 dan saya terus bersetuju dan mengisi untuk google form ketika itu walaupun belum ada tarikh dan tempat yang tetap pada ketika itu. Saya sendiri terkejut ketika saya terus bersetuju untuk mengikuti Next Gen tanpa mengetahui tarikh dan tempat namun kerinduan untuk melayani anak-anak muda terutama selepas pandemik amat kuat saya rasakan.


Namun begitu, setelah bersetuju untuk mengikuti Next Gen, saya mengalami banyak cabaran terutamanya dengan komitmen di universiti. Selain itu, saya sendiri berasa takut kerana perlu keluar dari zon selesa saya dan bergaul dengan banyak orang yang saya tidak kenali. Saya terus berdoa dan meminta sokongan doa dan berdoa juga untuk kewangan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat saya. Tuhan terus bekerja di hati saya dan memberikan segala keperluan yang diperlukan untuk mengikuti Next Gen.

Ketika berada di kampung yang kami layani, dan semua crew berdoa bersama-sama untuk Next Gen, saya amat tersentuh ketika itu kerana saya boleh merasakan semua orang sangat mengasihi Tuhan Yesus dan mempunyai kerinduan yang amat mendalam dalam pelayanan Next Gen. Saya yakin bahawa Tuhan akan bekerja dengan luar biasa dalam Next Gen.


Terdapat banyak penerobosan yang saya lalui ketika mengikuti Next Gen, antaranya ialah saya mempunyai keberanian untuk keluar dan berkongsi berita baik. Saya amat bersyukur kepada anak-anak Tuhan yang sudah mengajar dan membantu saya untuk memahami dan mengkongsikan berita baik kepada orang lain. Seterusnya, saya dapat menggunakan karunia Tuhan yang diberikan kepada saya khususnya dalam Creative Ministry bersama-sama dengan anak-anak Tuhan yang saya baru kenali namun Tuhan sendiri yang menyatukan kami dalam kasihNya. Kami dapat melakukan yang terbaik dalam pelayanan rebana dan persembahan semasa Omega Night.


Akhir sekali, saya memuji Tuhan kerana melalui Next Gen, kerinduan saya selama ini untuk keluar ke kampung-kampung dan mengkongsikan kasih Tuhan kepada banyak orang terjadi dan sekarang saya yakin bahawa kerinduan ini merupakan panggilan Tuhan untuk terus mempunyai hubungan yang intim dengan Tuhan dan terus berani untuk mengkongsikan berita baik ini dengan lebih proaktif. Saya memuji Tuhan untuk setiap anak-anak Tuhan yang mengikuti Next Gen: Regeneration dan saya percaya Tuhan akan terus memakai setiap kita dengan luar biasa bagi kemuliaan-Nya.


-Charis-

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page