top of page

KESAKSIAN GLORY



Pelayanan saya sepanjang di Sekolah U telah memberikan saya banyak pengalaman yang baru. Semasa saya melayani di sana, saya boleh melihat bahawa banyak anak – anak muda yang haus akan hadirat Tuhan dan juga sepanjang sesi UBK ( unit bimbingan kaunseling ) kebanyakan mereka memberikan perhatian yang sangat mendalam. Walaupun sebelum ini saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menginjil orang lain, namun ahli Kumpulan saya selalu memberikan dorongan supaya saya terus maju. Semasa malam KKR kami telah membuat satu “altar call” tanpa dirancang namun saya tahu semua itu adalah rancangan Tuhan. Walaupun gementar kerana sebelum ini saya belum pernah mendoakan orang lain namun saya percaya ada penyertaan Tuhan pada waktu itu dan saya dapat mendoakan beberapa pelajar secara peribadi sehinggakan saya mengalirkan air mata kerana saya merasakan begitu besar kasih Allah dalam kehidupan anak – anak muda yang saya doakan. Selain itu, saya juga merasakan beberapa pelajar telah berubah secara peribadi. Mereka begitu giat dan aktif walaupun mereka dalam minggu exam ketika itu. Saya secara peribadi tahu mereka penat namun itu tidak menghalang mereka daripada menyertai program ini. Semasa mengikuti program ini juga, saya dapat berinteraksi dengan pelajar di Sekolah U , saya sungguh gembira kerena dapat mengenali mereka secara peribadi dan saya berharap mereka akan terus bertumbuh dalam hadirat Tuhan. Saya juga sangat bersyukur kerana dapat mengenali team saya secara peribadi kerana tanpa mereka saya mungkin akan menghadapi kesukaran semasa mengikuti NextGen ini. Saya juga secara peribadi telah bertumbuh secara rohani dalam hadirat Tuhan dan apa yang telah saya belajar dalam NextGen ini akan saya bawa untuk menjangkau lebih banyak orang terutamanya anak – anak muda yang akan menjadi penerus generasi akan datang.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page