top of page

KESAKSIAN JEE



Shallom Semua!

Puji Tuhan saya dapat kesempatan sekali lagi join NG pada kali ini. Bagi saya NG23 merupakan sebuah pelayanan yang sangat berharga buat diri saya juga kepada remaja di luar sana. Melihat anak-anak muda ini dengan kasih mendorong saya untuk mendaftarkan diri dalam NG kali ini. Ada ramai anak muda diluar sana yang mengalami banyak cabaran dalam hidup dan dalam fasa ini mereka sedang mengenali nilai diri mereka. Oleh itu, mereka akan cuba banyak perkara untuk memberikan nilai bagi diri mereka, mereka cuba buat yang terbaik untuk ibu bapa mereka, belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk terlihat hebat di hadapan rakan-rakan mereka. Namun kekadang kekecewaan akan menghantui mereka di mana mereka tidak mendapat kasih sayang yang sesungguhnya daripada ibu bapa mereka, dari guru-guru juga rakan-rakan mereka sehingga mereka berfikir bahawa mereka tiada nilai, dan ada yang sampai cuba untuk menyakiti diri sendiri. Perkara seperti ini, mungkin saja sedang berlaku dalam keluarga kita. Oleh itu, menjadi kerinduan saya untuk melayani anak-anak ini agar mereka mengenal kasih Yesus yang sesungguhnya agar mereka dapat mendapatkan kasih yang mereka perlukan itu dalam Yesus. Tuhan itu sangat baik dan dia mengasihi kita ketika kita masih berdosa (Roma 5:8).

Menjadi satu kesaksian bagi saya apabila dapat melayani bersama-sama dengan team saya. Puji Tuhan, saya melihat team saya sangat bersukacita dalam pelayanan ini, dan mereka membawa cerita tersendiri dan dapat menguatkan/mendorong antara satu sama lain. Secara pribadi, saya melihat bahwa Tuhan sentiasa menyertai saya dalam misi ini, walaupun banyak perkara yang menjadi pergumulan saya, Tuhan sentiasa hadir dalam hidup saya, menyertai saya dan menyediakan apa yang saya perlukan. Tuhan tidak pernah meninggalkan saya walaupun saya kekadang melukainya dengan perbuatan saya, perkataan saya dan cara saya berfikir. Tuhan terus menerus menegur saya dan membawa saya lebih dekat kepadaNya. Tuhan itu baik dan sangat baik, dia tidak akan membiarkan kita jatuh melainkan Tuhan rindu untuk kita meninggalkan setiap dosa-dosa yang kita lakukan. Saya masih belajar dan akan terus belajar, terima kasih Tuhan untuk kasihMu dan terima kasih kerana memberikan rakan-rakan yang baik yang dapat membawa saya lebih dekat kepadaMu. Semoga rakan-rakan sepelayanan NG23 akan terus bertumbuh dalam Iman dan Tuhan menyertai kamu di mana pun kamu berada. Dalam kesempatan ini, saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelayanan ini, baik usaha dana, yang berdoa untuk pelayanan ini dan semua yang telah membantu.. Tuhan Yesus Memberkati kamu semua. Amen..

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page