top of page

KESAKSIAN LESLIE



Pelayanan di Sekolah A memberikan impak yang sangat besar kepada saya. Semasa melayani di Sekolah A, setiap aktiviti yang telah dirancang membuahkan hasil yang besar. Pada slot Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) saya mengetahui yang ramai pelajar sebenarnya kehausan kasih sayang dan tertekan oleh kehidupan. Sesi Heart to Heart (H2H) bersama beberapa orang pelajar memberikan impak yang positif kerana para pelajar ini mempunyai cerita yang mereka sangat ingin kongsikan tetapi mereka takut. Pelajar B yang merupakan ahli kumpulan saya berkongsikan kisah dia yang telah dan sedang dalam pergumulan di mana selepas dia kehilangan ahli keluarga yang tersayang iaitu nenek Pelajar B, pelbagai masalah yang datang. Pelajar B merosot dalam pelajaran dan rasa terpinggir oleh rakan-rakannya. Selepas itu, Pelajar B mengalami masalah keluarga apabila berlaku masalah rumah tangga ibu bapa Pelajar B. Pergumulan ini membuatkan Pelajar B hampir melakukan sesuatu yang salah. Namun, puji Tuhan Pelajar B masih dilindungi oleh Tuhan dan tidak melakukan perkara tersebut.Apabila sesi H2H habis, saya meminta seorang rakan sepelayanan untuk membantu mendoakan Pelajar B. Perkara yang menyentuh hati saya adalah apabila saya melihat senyuman kekuatan di Pelajar B selepas habis sesi H2H. Puji Tuhan.

Di samping itu, kami turut dapat melihat bagaimana beberapa orang pelajar asrama matang di Sekolah A dapat melakukan pelipatgandaan apabila mereka mampu menginjil kepada pelajar yang lebih muda daripada mereka. Apabila saya mengajar tentang penginjilan kepada beberapa orang pelajar matang, saya dapat melihat keyakinan dalam diri mereka. Mereka juga turut mengambil masa untuk mempelajari semula tentang setiap apa yang telah dikatakan oleh mereka agar dapat melaksanakan penginjilan dengan betul.

Selain itu, saya juga telah berjumpa dengan seorang pelajar muda yang bukan beragama Kristian namun dia mengikuti semua sesi sepanjang pelayanan kami. Apabila saya bertanya kepada dia, apa pendapat dia tentang apa yang dia telah dengar dan lakukan. Respon pelajar tersebut ialah “menarik”. Puji Tuhan walaupun pelajar tersebut belum menerima Yesus Kristus dalam kehidupannya, tetapi dia tetap ingin mendengar dan mempelajari. Halleluya.

Recent Posts

See All

Kommentare


bottom of page