top of page

KESAKSIAN MARRIE



Shalom, saya Marrie Holly.

Pertama sekali saya ingin berikan semua kemuliaan kepada Tuhan. Saya sangat bersyukur kerana saya dapat memberi kesaksian, pengalaman dan apa yang saya dapat sepanjang saya melayani & belajar di next gen .


Saya telah belajar banyak sepanjang mengikuti Next Gen ini dan saya boleh rasakan pertumbuhan secara rohani berlaku di dalam diri saya. Saya dapat belajar memimpin dan bukan hanya dipimpin . Selain itu juga, banyak peluang yg telah di berikan kepada saya semasa melayani dan ini membuatkan saya untuk mencuba agar saya dapat mencari potensi yang ada pada diri saya. Oleh itu, saya sedar bahwa saya mempunyai bnyak lgi ruang yang saya boleh perbaiki. Tetapi sy percaya bahawa selagi saya terus berjalan ke hadapan mengikuti Yesus saya akan semakin membangun . Saya percaya mission trip yang saya telah ikuti hanyalah permulaan, persediaan diri saya seperti proses yang membentuk saya untuk bertumbuh supaya dapat dipakai lebih lagi di masa yang akan datang.


Bagi remaja-remaja yang telah saya layani di sekolah yang saya lawati ia sangat memberi kesan yang mendalam kepada saya. Mereka telah menerima kami dengan baik dan mereka penuh dengan sifat ingin tahu. Saya dapat melihat sifat ingin tahu mereka sangatlah mendalam dan jikalau mereka tidak mempunyai asas iman yang kuat mereka akan senang di pengaruh dengan hal-hal dunia. Saya sangat bersyukur dapat berbual-bual dan mengongsikan firman Tuhan, 4sl dan sebagainya kepada mereka. Saya percaya Tuhan telah bekerja di dalam mereka agar asas iman mereka membangun. Pada hari terakhir kami meninggalkan mereka saya dapat rasakan bahawa anak-anak remaja yang telah kami layani itu sangat mengasihi kami sehingga ada yang menangis. Itulah yang membuat saya semakin sedar bahawa Tuhan berada di sana bersama kami. Walaupun kami berada di sana hanya sementara , kami sedikit sebanyak telah memberikan impak positif kepada para remaja agar dapat beriman kepada Tuhan Yesus.


Oleh itu , saya berharap saya dapat mengikuti mission trip seperti ini agar sifat kepimpinan, pertumbuhan rohani, dan keberanian dapat ditingkatkan bagi memuliakan nama Tuhan Yesus. Terima kasih.

Recent Posts

See All

Opmerkingen


bottom of page