top of page

KESAKSIAN NENCY



Shalom saudara dan saudari yang dikasihi!! Nama diberi Nency Saferi, berasal dari Sabah. Di sini saya ingin menceritakan kesaksian saya sepanjang mengikuti Next Gen pada kali ini. Sebelum itu, saya ingin katakan Tuhan Yesus sungguh baik! Dia tidak pernah membiarkan dan meninggalkan anak-anak yang sentiasa berharap kepadaNya.

Sememangnya sebelum mengikut Next Gen ini, faktor kewangan menjadi kekangan terbesar saya. Apabila melihat jumlah yuran yang perlu dibayar ini secara tidak langsung membuat saya berfikir berulang kali untuk menyertai program ini. Tambahan lagi, apabila kami perlu mencari usaha dana untuk menampung perbelanjaan untuk program ini. Walau bagaimanapun, saya berkata kepada Tuhan dalam keadaan hati yang berdoa, “Tuhan, jikalau kehendakmu supaya saya dapat menyertai program ini, maka terjadilah sesuai dan seturut kehendakmu”. Akhirnya apa yang terjadi, setelah melalui banyak pergumulan, Tuhan menjawab doa saya, buktinya saya telah berjaya melalui Next Gen ini sehingga ke penghujungnya. Pra-Next Gen, saya berpeluang mendalami 4SL, memahami misi dan visi Tuhan dalam hidup setiap orang percaya, Penglipatgandaan Rohani dan cara menyampaikannya kepada orang lain lagi. Sebenarnya, pelajaran ini memberkati saya, di mana saya mulai belajar untuk mendalaminya dengan bantuan para senior dan staff. Praise The Lord!

Semasa menyertai Next Gen ini, banyak hal yang saya belajar. Walau bagaimanapun, yang paling utama sekali, saya bersyukur kerana mempunyai peluang keemasan ini untuk memberitakan berita baik Tuhan kepada anak-anak di SMK Z. Apa yang dapat saya katakan di sini, Roh Kuduslah yang bekerja sepanjang perjalanan Next Gen ini berlangsung. Saya benar-benar rasa tersentuh ketika anak-anak di SMK Z mulai berfikir dan menerima serta ada perasaan yang ingin tahu mendalam untuk mengenal peribadi Tuhan Yesus ini. Roh Kudus menjamah hati anak-anak ini, sehingga mereka lebih terbuka untuk berkongsi cerita mereka. Roh Kudus hadir di tengah-tengah kami, sehingga anak-anak tersentuh apabila mengetahui dan mendengar berita baik Tuhan di dalam kehidupan manusia yang percaya.

Pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang Next Gen, namun Roh Kudus menyertai team SMK Z. Saya sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan ahli team saya. Mereka merupakan peribadi yang saling membangun dan memberi motivasi antara satu sama lain. Sesungguhnya, Next Gen ini sungguh telah mengubah cara pandang saya terhadap orang-orang yang belum menerima injil. Ada Misi dan Visi Tuhan yang harus saya pegang hingga ke garis akhir. Saya percaya ke depannya nanti melalui Next Gen ramai jiwa anak muda dapat diubah. Terima Kasih, Tuhan Memberkati!

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page