top of page

KESAKSIAN VINCENT


Shallom, nama saya Vincent Tan Kian Poh, saya adalah salah seorang peserta Next Gen: Awakening yang diadakan pada 4 - 17 September di Sarawak. Saya berasal daripada Sabah dan sekarang seorang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada mulanya, saya dipelawa oleh kawan untuk menyertai Next Gen, dan saya akhirnya membuat keputusan untuk menyertai trip misi buat pertama kalinya dalam hidup saya. Namun, kawan-kawan saya menarik diri daripada Next Gen dan saya dihadapi dengan pilihan untuk menyertai Next Gen berseorangan atau menarik diri juga. Sebelum saya dapat membuat keputusan, saya diberitahu bahawa yuran penyertaan saya telah dibayar oleh seorang peribadi yang ingin melayani crews Next Gen dan saya kini hanya perlu mencari dana untuk tiket penerbangan. Hal ini membuat saya berfikir bahawa Tuhan mahu saya untuk menyertai misi ini dan menjawab panggilannya. Banyak lagi hal yang saya fikirkan dan bergumul untuk melayani remaja dalam Next Gen kerana saya seorang yang introvert dan mempunyai kemahiran sosial yang lemah, tetapi Tuhan meneguhkan hati saya dengan janji penyertaanNya.

Saya dilengkapi sepanjang pra Next Gen oleh senior-senior Next Gen yang luar biasa dan bertumbuh dalam iman sepanjang kelas dan fellowship. Saya juga telah berjumpa dengan ahli-ahli team yang bersama melayani saya di SMK S. Walaupun kami mempunyai kelemahan kami masing-masing, tetapi ternyata kami saling melengkapi dan Tuhan menempatkan kami bersama dengan tujuan yang nyata. Sepanjang pelayanan kami di SMK S, terdapat beberapa halangan yang kami hadapi tetapi dengan penyertaan Tuhan dan kerjasama team kami berjaya untuk menang atas semua pergumulan kami dan menjangkau jiwa-jiwa di SMK S. Secara peribadi saya bertumbuh untuk lebih berani bercakap di hadapan dan mendapat banyak ilmu dan kemahiran untuk memantapkan lagi pelayanan akan datang, dan Tuhan juga memimpin saya untuk membawa seorang pelajar untuk menjadi pengikutNya, segala kemuliaan hanya bagi Tuhan Yesus ! Saya sangat diberkati sepanjang pelayanan saya dalam trip misi ini dan melihat ramai crews yang mengalami breakthrough dan pertumbuhan iman yang luar biasa. Terima kasih atas kesempatan ini, Tuhan memberkati!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page