top of page

KESAKSIAN WONG YONG JIE



Semasa pra-next gen, melalui 3 third method, Tuhan mengingatkan saya tentang kepentingan untuk pelipatgandaan, saya insaf akan kebanyakan gereja hanya mementingkan pertumbuhan peribadi secara rohani, tetapi tiada visi untuk pelipatgandaan. Saya juga lebih memahami tujuan untuk menanam visi.


Saya tidak pernah menyertai mission trip yang menggunakan bahasa Melayu. Pujian dan penyembahan semasa Next Gen sangat bergelora dan ini merupakan kali yang pertama saya mendengar banyak lagu rohani Kristen dalam BM. Liriknya menyentuh hati saya kerana ia mudah faham dan terus terang. Tetapi, hal ini juga merupakan cabaran yang besar bagi saya kerana saya kurang faham bahan devosi dan ayat alkitab, jadi saya kurang memahami firman Tuhan tersebut. Kosa kata saya agak terhad, jadi kerap kali saya tidak dapat menyampaikan fikiran saya secara lengkap dan tetap kepada orang lain. Saya memerlukan lebih banyak masa untuk menyusun ayat dan saya susah untuk berkomunikasi dengan orang lain sekiranya dia bercakap dengan cepat ataupun saya tidak tahu maksud perkataan itu. Saya rasa patah semangat dan hilang keyakinan kerana nampaknya hanya saya mengalami masalah ini. Saya rasa saya tidak dapat memberi banyak bantuan kepada kumpulan saya. Saya mempersoalkan Tuhan terhadap kewujudan saya dalam Next gGen ini. Apa yang boleh saya lakukan?


Selain itu, saya telah berjaya menyampaikan kesaksian saya sepanjang waktu pelayanan, walaupun penyampaian tersebut tidak lancar dan sempurna, tetapi saya dapat mengongsi pekerjaan Tuhan di dalam hidup saya kerana Tuhan bersama dengan saya dalam setiap fasa kehidupan saya, jadi saya tidak dapat memadamkan kewujudan Tuhan dalam menuju arah semasa saya melanjutkan pelajaran saya. Tuhan mengingatkan saya Dia membentuk dan memakai setiap orang. Menurut 2 Korintus 12:8, Tetapi jawab Tuhan kepadaku: "Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna." Sebab itu terlebih suka aku bermegah atas kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku. Saya harus bergantung kepada Tuhan dan mempercayai Tuhan akan menguatkan saya.


Selepas penyampaian injil dan latihan injil, saya memikir bahawa perkembangan secara rohani yang seterusnya bagi pelajar-pelajar Kristian tersebut. Siapakah yang akan mengajar mereka tentang pemuridan? Bagaimanakah mereka menjadi seorang pengajar (discipler) pada suatu hari nanti? Saya harap agar Tuhan dapat menggerakkan guru-guru Kristian di sekolah untuk respons terhadap amanat agung dan melakukan pelipatgandaan rohani dalam kalangan pelajar Kristian.

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page