top of page

KESATUAN KUNCI KEPADA PERTUMBUHAN IMAN


Shalom sahabat-sahabat yang kukasihi, nama saya Arnold Daniel Miharil, saya berasal dari Pitas, Sabah, berumur 21 tahun, dan kini melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. Hari ini, saya ingin mengongsikan tentang pengalaman saya semasa mengikuti Program NextGen di Sarawak, dan bagaimana, Kesatuan itu membawa kepada Pertumbuhan Iman. Semoga perkongsian ini memberkati sahabat sekalian. Imanuel.


Perasaan risau dan bimbang merupakan satu pergumulan yang saya hadapi sebelum memutuskan untuk mengikuti program ini. Lebih-lebih lagi, ianya akan diadakan di Sarawak. Namun, saya teringat dengan Firman Tuhan, yang terambil dalam, Yosua 1:9, ‘Ingatlah, Aku sudah memerintahkan kepadamu: Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu, jangan cemas dan takut, sebab TUHAN, Allahmu, menyertai engkau, kemana pun, engkau pergi’. Dengan Firman ini, saya percaya, pekerjaan Tuhan dalam pelayanan saya sentiasa ada.


Setibanya di Sarawak, saya bertemu dengan banyak rakan-rakan yang baharu. Lihat mereka semua, ia memang di luar jangkaan saya. Mereka sangat mesra, lebih-lebih dengan kami yang baru join, apalagi dengan kawan-kawan mereka yang lain. Saat bertemu dengan ahli kumpulan sendiri, jelas kelihatan penerimaan mereka terhadap saya. Hal ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk melayani bersama mereka di tempat pelayanan nanti. Tibalah waktunya, dimana kami dihantar untuk melayani di sebuah sekolah, iaitu Sekolah A. Pertama kali datang di sekolah tersebut, banyak persoalan di hati kami, ada juga yang rasa risau, dan ada juga yang ingin lebih tahu tentang situasi pelajar di sekolah tersebut. Jadi, hari pertama bersama dengan pelajar di SMK A, kami boleh lihat, bahawa, mereka sangat memerlukan dorongan dan kasih daripada orang lain. Kami juga dapat lihat kerinduan di hati pelajar khususnya mereka yang beragama Kristian, bahawa perlunya persekutuan sesama mereka. Dari situ, saya dapat melihat, bahawa pentingnya hubungan sesama rakan yang percaya, untuk saling bertumbuh di dalam iman. Perkara ini dapat saya lihat dalam kumpulan saya sendiri. Kami mungkin berasal dari pelbagai tempat, tapi keakraban kami seperti keluarga jelas kelihatan. Banyak masalah yang kami hadapi, bukan sahaja dari segi persiapan, tetapi juga dengan apa yang kami layani. Tapi kami saling mendorong dan menasihati, agar terus tekun dan fokus dengan pelayanan kami. Situasi ini mengingatkan saya, pada ayat firman Tuhan, iaitu, Ibrani 10:24, yang mengatakan, ‘Marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan pekerjaan Tuhan’. Firman Tuhan ini, dapat saya lihat dalam ahli kumpulan saya sendiri, dan hasilnya, kami tidak pernah berasa tertekan, kerana kami saling mendorong dan menasihati.

Oleh itu, sahabat ku yang kekasih, ingatlah, bahawa Tuhan tidak pernah meletakkan kita sendiri. Di saat kita berasa sunyi, putus harapan, dan risau, pergilah berdoa. Tuhan pasti menghantar seseorang yang boleh membangunkan kita, dari segi mental dan rohani. Marilah kita saling melengkapi antara satu dengan yang lain, dan terus bersekutu bersama dengan rakan-rakan seiman yang lain, kerana Kesatuan itu, Kunci kepada Pertumbuhan Iman!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page