Shalom semua, sukacita dapat berkongsi tentang kebaikan dan anugerah Tuhan yang saya terima sepanjang pelayanan Next Gen: Awakening.
Dalam Next Gen kali ini, Tuhan mengajar saya untuk benar-benar mengandalkan kepada kekuatan Tuhan dan perkara ini sejujurnya tidak mudah untuk saya lakukan kerana sudah menjadi kebiasaan saya untuk berandalkan kepada kekuatan saya sendiri. Sejak awal pelayanan, Tuhan membawa saya keluar daripada zon keselesaan saya di mana Tuhan mempercayakan saya untuk mengetuai pelayanan doa, pelayanan yang bagi saya secara peribadi rasa sangat tidak layak namun Tuhan mengingatkan saya apabila Tuhan memanggil, Tuhan pasti melengkapi. Saya melihat betapa indahnya pekerjaan Tuhan khususnya semasa Prayer and Worship Night namun menjelang malam tersebut, saya berasa sangat takut dan tidak yakin dengan segala persiapan namun Tuhan terus memberi damai sejahtera kepada saya dan saya memuji Tuhan untuk setiap peribadi yang membantu saya ketika itu. Semasa Prayer and Worship Night, saya melihat betapa Tuhan amat rindu untuk setiap kita berdoa; bercakap dengan-Nya dan betapa indahnya hadirat Tuhan semasa kita menyembah Dia. Saya perlahan-lahan menyerahkan semuanya kepada Tuhan dan melihat Tuhan bekerja dengan luar biasa secara peribadi bagi setiap crew dan mempersiapkan mereka lebih lagi untuk pelayanan di sekolah.
Semasa pelayanan di sekolah dan dengan kebaikan Tuhan, saya bersama-sama dengan anak-anak Tuhan yang luar biasa dan sentiasa bersedia untuk melayani dalam apapun pelayanan. Tuhan memberikan kekuatan kepada saya melalui mereka khususnya apabila saya melihat mereka melayani Tuhan semaksimal mungkin dengan segala keterbatasan dan ketidakpastian. Banyak hal yang terjadi di luar perancangan kami dan sekali lagi Tuhan mengajar saya untuk terus mengandalkan kepada kekuatan yang datang hanya daripada Tuhan. Saya masih ingat lagi pada hari yang pertama khususnya, banyak hal yang berlaku di luar jangkaan kami dan sejujurnya perkara ini amat merisaukan kami dan pada masa itu Tuhan membawa kami untuk fokus kepada Dia dengan berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Tuhan. Saya percaya sepanjang berada di sekolah tersebut, Tuhan menjadikan kami salur berkat kepada semua anak-anak Tuhan di sekolah tersebut dan saya berdoa agar setiap mereka terus maju dalam Tuhan baik dalam perjalanan pendidikan mereka dan lebih-lebih lagi perjalanan iman mereka.
Let go and Let God, serahkan sepenuhnya kepada Tuhan dan lihat betapa luar biasanya Tuhan bekerja dalam hidup kamu.