top of page

MARINA'S TESTIMONY



Shalom, pertama-pertama saya ingin mengucap Syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada setiap individu yang terlibat dalam menjayakan program NextGen kali ini. Melalui trip misi kali ini, saya percaya ramai hati dan jiwa yang dipulihkan begitu juga dengan saya. Saya mendapati melalui pelayanan ini saya banyak dipulihkan dan bertumbuh dalam Kristus.

Saya mengaku bahawa sebenarnya pada NextGen 2023 saya tidak ingin menyertai kerana saya merasa tidak layak untuk melakukan pelayanan yang mulia dan besar ini disebabkan saya masih terikat oleh dosa lama saya yang sangat hina. Tapi Tuhan sangat luar biasa Dia punya cara untuk menolong saya untuk pulih, iaitu dengan menghantar beberapa individu untuk bertanya kepada saya sama ada saya ingin menyertai program ini atau tidak. Kawan-kawan saya ini berkata jika saya ingin menyertai program ini mereka juga akan menyertai begitu juga sebaliknya. Tuhan menggerakkan hati saya untuk menyertai trip misi ini kerana jika saya tidak pergi maka tiga pelayan juga tidak dapat melayani Tuhan.

Semasa Pra-NextGen saya dapat melihat sangat banyak peribadi yang luar biasa dipakai Tuhan untuk melayani iaitu semasa di kelas juga kebaktian malam. Saya secara peribadi merasa dipulihkan dan diberkati dengan pelayanan mereka. Setelah itu saya merasa Tuhan betul-betul mahu memberi saya peluang untuk bersukacita melayani Dia tanpa terikat dengan dosa lagi. Tuhan percayakan saya pelayanan yang agak besar untuk saya yang masih junior iaitu menjadi ATL untuk group kami juga menjadi pembantu untuk program Form 6. Saya tidak menolak pelayanan ini kerana saya percaya Tuhan akan menyertai.

Semasa NextGen, inilah masa saya bertumbuh bersama remaja yang kami layani. Saya baru melihat keperluan Rohani yang mendesak di tempat itu. Hal ini mengingatkan saya semasa saya baru mengenal Tuhan, saya mempunyai banyak persoalan dan itulah yang terjadi semasa NextGen ada beberapa remaja yang mempunyai persoalan yang sama dengan saya dan saya pun memberikan mereka jawapan untuk persoalan mereka juga saya sempat berkongsi kebaikkan Tuhan dalam hidup saya. Saya sangat bersyukur untuk kesempatan yang Tuhan berikan kepada saya kerana setelah saya melayani remaja di sana saya merasa lega dan bersukacita.

Selain itu, semasa NextGen juga saya melihat pekerjaan Tuhan yang sangat luar biasa di mana semasa kami pergi ke sekolah itu semua perbincangan bersama guru-guru menjadi sangat mudah, malah pengetua sekolah itu sendiri bukan seorang Kristian tapi dia dengan terbuka hati menerima program NextGen ini. Saya juga melihat team sepelayanan saya juga sangat luar biasa semasa mereka menjadi penceramah di sesi UBK dan ISCF.

Akhir sekali, saya ingin mengucap syukur kerana adanya program seperti ini. NextGen kali ini yang sangat luar biasa. Trip misi ini banyak membantu saya untuk mengenal Tuhan lebih lagi, merasakan kasih Tuhan, memahami akan visi Tuhan untuk dunia ini, juga saya dipulihkan dari kepahitan hidup saya dan mendapat banyak berkat. Sekian terima kasih dan Tuhan memberkati kita semua. Amen!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page