top of page

Matang Dalam Pelayanan


Shalom dan hai semua. Saya sangat gembira untuk berkongsi kesaksian saya sepanjang mengikuti Next Gen.


Bagi Next Gen 2022 saya merupakan salah seorang crew dan terdapat banyak perkara yang saya pelajari sepanjang proses persediaan Next Gen.

Sebagai salah seorang pemimpin, saya belajar untuk lebih matang dalam pelayanan khususnya semasa perbincangan antara pemimpin. Saya yakin setiap orang mempunyai sudut pandang yang berbeza tidak kira dalam pelayanan mahupun perkara lain. Namun, melalui semua proses yang kami laluilah banyak mengajar saya cara untuk menerima dan memberi pendapat dalam sesuatu perkara. Secara peribadi, setiap proses yang kami lalui dalam persediaan Next Gen sehingga tibanya Next Gen banyak membentuk karakter saya untuk menjadi lebih matang dalam pelayanan khususnya sebagai salah seorang pemimpin. Melalui semua proses itu, saya dapat melihat pekerjaan Tuhan dalam setiap peribadi kami walaupun dari sudut pandang manusia banyak perkara yang mustahil dan bergumul dengan masalah yang kami perlu hadapi. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai ahli-ahli kumpulan yang tetap teguh berdiri demi visi dan misi kami dalam melayani anak-anak muda di Sabah.


Sepanjang Pra Next Gen dan Next Gen berlangsung juga banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang berani. Kenapa berani? Sebab terdapat banyak perkara yang saya secara peribadi tidak pernah lakukan tapi melalui Next Gen saya mengalami penerobosan dalam diri saya. Saya percaya ini semua merupakan pekerjaan Tuhan dan saya sangat bersyukur untuk apa yang saya lalui sepanjang Next Gen.


Selain itu, apa yang saya mahu kongsikan ialah bagaimana Next Gen membentuk saya untuk menjadi seorang yang fleksibel dalam pelayanan. Perkara yang saya belajar ialah kita tidak perlu untuk meletakkan had dalam pelayanan kita kerana Tuhan boleh pakai kita dalam bentuk apapun pelayanan itu. Apa yang kita perlu lakukan ialah hati yang benar-benar bersedia untuk dipakai Tuhan. Sekian saja perkongsian daripada saya, semoga perkongsian ini dapat memberkati kamu dan saya berdoa supaya kita semua terus menjadi terang dan garam bagi dunia walau di mana pun kita berada.


-Cerol-

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page