top of page

Menangkan Jiwa-Jiwa



Shalom dan hai anak-anak Tuhan! Nama saya adalah Jordy Elver Osmond dan inilah OAMT saya yang pertama. Saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana memberikan saya peluang untuk menyertai OAMT kerana sebelum saya mengatakan YA untuk OAMT, saya sudah mempunyai perancangan saya untuk bekerja namun oleh kerana kasih Tuhan dan rencana-Nya yang begitu hebat, saya memutuskan untuk mengikut OAMT pada kali ini. Syukur puji Tuhan!.


Sewaktu saya sampai ke Kampung C, saya tertanya-tanya akan bagaimana kehidupan penduduk kampung C ini seharian. Mampukah saya dapat menjala manusia-manusia untuk menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat mereka? Seketika saya sampai di sana, saya diberikan satu kekuatan ataupun panggilan , iaitu untuk mengongsikan Berita Baik ini kepada anak-anak remaja terutamanya lelaki. Saya percaya remaja lelaki amat susah untuk menjadikan hidup mereka seperti yang difirmankan Tuhan. Oleh itu, saya menjadi “cikgu” mereka dan memulakan penginjilan saya untuk memberitakan Berita Baik ini kepada anak-anak kecil, remaja terutamanya lelaki. Puji Tuhan, melalui perwatakan saya, mereka begitu senang untuk bergaul dengan saya dan saya dengan senang hati bercerita dengan mereka, mengajar mereka untuk berdoa supaya mereka sentiasa bersyukur dan diberkati.


Hati saya amat sedih apabila mengenangkan nasib mereka selepas team kami berangkat balik ke tempat kami masing-masing. Saya amat risau akan masa depan mereka, tetapi saya diperingatkan bahawa Tuhan akan menyediakan masa depan mereka dan saya percaya kehidupan anak-anak remaja di sana akan lebih diberkati. Saya percaya suatu hari nanti kehidupan mereka akan berubah dan Tuhan akan memberkati dan bekerja dalam kehidupan mereka kerana Tuhan sesekali tidak akan meninggalkan mereka. Tuhan akan selalu menyertai mereka.


Selain itu, saya amat gembira akan pekerjaan Tuhan dalam kehidupan saya sewaktu tip misi pada kali ini kerana sekali lagi saya diberi kesempatan untuk melayani di kampung-kampung untuk bermain gitar. Hal ini kerana saya dahulu merupakan seorang penari panji dan rebana di gereja dan hati saya betul-betul ingin berada dalam team “praise & worship”. Melalui pelayanan saya di kampung C, saya dapat menarik minat anak-anak di sana untuk melayani Tuhan dengan cara bermain gitar. Sesuai dengan tema saya iaitu “ Menangkan jiwa-jiwa”, pelayanan kita boleh membuka mata mereka dan menarik minat mereka untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Tuhan melalui pelayanan. Tidak kira pelayanan yang kecil seperti pelayanan “washer team” yang mengurus tentang baju-baju kotor untuk dibersihkan semasa pra-OAMT, itu tetap sebuah pelayanan yang indah dan menjadi berkat kepada orang lain. Tuhan dan rakan-rakan sepelayanan saya sahaja tahu bagaimana sukarnya bagi kami untuk menguruskan baju-baju tersebut kerana banyak haruman yang melucukan. Intipatinya disini, melalui apapun pelayanan, kita dapat memenangkan jiwa-jiwa mereka yang haus akan kasih Tuhan Yesus. Tuhan akan guna pakai kita melalui talenta yang kita ada agar ramai lagi jiwa-jiwa yang harus dimenangkan.


Terdapat satu ayat yang memperingatkan saya sewaktu OAMT dan ayat inilah selalu peringati saya untuk merendahkan diri dalam melayani Tuhan.

“ Your gifts reveal your ministry, but your servant’s heart will reveal your maturity”

Apabila kita melayani Tuhan, sentiasalah mempunyai kerendahan hati dan hal ini saya selalu peringatkan kepada ahli-ahli saya kerana Tuhan melihat isi hati kita sewaktu kita melayani atau di mana saha kita berada.


Semoga kesaksian saya ini dapat memberkati orang-orang yang telah membaca kesaksian saya dan akhir kata khabarkanlah Berita Baik ini kepada orang lain agar kehidupan mereka diberkati.


Terima kasih Tuhan! Terima kasih juga team saya kerana telah menjaga saya dan menganggap saya ini adalah adik kecil mereka.


-Jordy-

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page