top of page

My First Mission Trip @ Spiritual Healing Trip


Terima kasih Tuhan atas peluang untuk menyertai trip misi ini bersama ‘spiritual sisters’ saya.


Allahku akan memenuhi segala keperluanmu menurut kekayaan dan kemuliaan-Nya dalam Kristus Yesus.-Filipi 4:19


Terima kasih kepada Jehovah Jireh yang membekal, sama ada pastor mahupun saudara-saudari gereja yang memberikan sokongan melalui doa ataupun bantuan kewangan secara mencukupi. Terima kasih Tuhan kerana mengizinkan saya melakukan pekerjaanNya sambil menikmati keindahan tanah di bawah angin ini dan persekutuan dalam kasih Tuhan. Puji Tuhan, saya dapat melihat keyakinan dan perpaduan keluarga besar ini untuk maju bersama dalam melaksanakan panggilan Tuhan kepada kita. Saya bersyukur dan bersukacita kerana rombongan kami telah menerima sokongan serta sambutan tradisional yang hangat daripada jemaah tempatan. Semua orang memainkan peranan masing-masing untuk menyumbang dalam trip ini.


Saya mendapat banyak pengalaman misalnya, kali pertama saya melakukan meditasi rohani dalam bahasa Melayu, menyembah dan memuji, menyanyi bersama, membaca Alkitab, dan berkongsi kasih Tuhan kepada orang lain.


Puji Tuhan saya dapat melihat keagungan dan keindahan pekerjaanNya dalam kehidupan individu masing-masing semasa sesi perkongsian testimoni. Saya dapat memerhatikan teladan yang baik sebagai seorang pemimpin dalam melayani Tuhan daripada saudara-saudari lain, terutamanya brother Calvin yang turun padang dalam segala perkara termasuklah perkara kecil seperti mengambil makanan untuk orang lain, umpama Yesus yang membasuh kaki murid-muridnya. Puji Tuhan atas komuniti ini yang merupakan terang dan garam bagi Tuhan, menyebarkan kasih-Nya, dan memanfaatkan bakat masing-masing dalam pelayanan.


Thumbs up for you all! Secara ringkasnya, saya telah memperolehi lebih banyak daripada memberi dalam trip ini termasuklah kenangan, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kasih sayang, keyakinan dan motivatisi untuk terus bertumbuh menjadi pengikut Kristus yang lebih matang dan berbuah. Pertemuan dengan Tuhan dalam trip misi ini telah memulihkan kesihatan rohani saya yang amat tidak memuaskan sebelum ini. Hallelujah.


-Low Jia Hui-

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page