top of page

Pekerjaan Tuhan Luar Biasa



Hi semua, nak dengar cerita menarik? Meh saya kongsi pengalaman saya sepanjang OAMT. Untuk pertama kalinya, saya mengikuti MT & sangat bersyukur menyertainya. As student, saya risau akan kewangan saya sama ada cukup @ tidak untuk menyertai MT ini tambah2 lagi saya lambat mencari sumber dana. Tetapi pada akhirnya, kewangan saya lebih dari yang sepatutnya & dapat mencukupkan kewangan rakan lain juga. Ia seperti bagi kita mustahil tapi tidak bagi Tuhan Yesus.


Kemudian, lagu tema MT waktu itu ‘ku berlari’ memberi kekuatan untuk saya terutamanya bahagian ‘masa laluku t’lah dibasuh darah-Mu’ & ‘ku lupakan semua yang di b’lakangku’. Ia sangat berharga untuk saya.


Seterusnya, tanpa melihat keadaan terkini tempat yang akan kami lawati, ia memang mencabar bagi saya untuk orang yang pertama kali ikut & ya, Tuhan sangat luar biasa. Kumpulan saya tiba di tempat itu dan hampir semua kemudahan ada. Malah, sepanjang kumpulan kami menjalankan aktiviti di sana, Tuhan sentiasa mencukupkan dan memimpin plan kami sehingga selesai dengan baik tanpa kami sedari. Saya sangat terharu dengan rencanaNya & rencana Tuhan sangat di luar jangka. Jika berdasarkan pemikiran logik manusia ia mustahil berlaku, tetapi kami sendiri mengalaminya & tak mampu nak kata apa-apa sehingga satu tahap yang saya sendiri nak stay waktu itu (sejujurnya). Setiap kami ada tugas masing-masing & fleksibel. Part ini saya sungguh serahkan segalanya kepada Tuhan dan indah sekali pekerjaanNya . Kenapa? Dia menyertai & membimbing saya sehingga perkara-perkara yang saya tidak yakin @ tidak pernah lakukan menjadi luar biasa. Selesai aktiviti, saya bertanya dengan diri sendiri, adakah ini diri saya Bapa? Perkara ini saya tidak tahu nak jelaskan, tapi apa yang saya percaya Bapa kita sangat baik, mengasihi kita sama rata, tidak akan meninggalkan kita & tidak melihat luaran kita kehidupan kita pada masa lalu, Tuhan Yesus melihat hati yang ikhlas untuk melayani.


Sepanjang aktiviti kunjungan kasih, banyak perkara yang memberi kesedaran & meneguhkan iman saya. Ada seorang nenek itu, dia berkata ‘meskipun mata saya tidak melihat dengan jelas, telinga saya tidak dengar dengan jelas, saya tetap melayani Tuhan’. Ungkapannya sangat menyentuh hati ditambahkan lagi suaminya telah meninggal dunia serta kehidupan nenek tersebut, dia masih percaya dan terima Tuhan Yesus sebagai juruselamat dalam hidupnya. Nenek tersebut dengan tenang & yakin berkongsi akan kehidupannya kepada kami. Bagi saya, sesusah mana pun hidup saya, ada lagi susah daripada saya tetapi sentiasa bersyukur dan bersukacita di dalamNya. Wow, sangat menakjubkan! Tuhan engkau tahu apa yang saya perlukan bukan apa yang saya inginkan. Terima kasih Tuhan Yesus atas pertemuan ini.


Akhir sekali, saya sangat bersyukur menyertai MT & terima kasih kepada kumpulan saya, PP, crew OAMT, rakan-rakan lain dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam MT ini. Tuhan memberkati semua.


Recent Posts

See All
bottom of page