top of page

Pekerjaan Tuhan Yesus LUAR BIASA!



Shalom! Segala hormat syukur saya kembali kepada Tuhan Allah kita, Yesus Kristus atas peluang, anugerah, belas kasihan dan kemurahan-Nya yang Dia berikan kepada saya secara peribadi. Kesempatan dan pengalaman yang sangat bermakna buat saya kerana dapat mengikuti Project Next Generation: Awakening ini. Sungguh, sehingga saat ini, saya masih dapat merasakan betapa luar biasa pekerjaan Tuhan dalam hidup saya kerana melalui projek ini, saya dapat merasakan secara peribadi bahawa KASIH TUHAN UNTUK SEMUA SANGAT BESAR. Oleh itu, saya sangat bersukacita untuk berkongsi kesaksian tentang saya tentang betapa luar biasanya pekerjaan Tuhan di dalam projek Next Generation: Awakening ini. Pada awalnya, saya mengikuti projek ini benar-benar dengan membawa diri yang tidak mengerti apa kehendak Tuhan bagi saya dalam projek tersebut, apa tujuan sebenar saya mengikuti projek tersebut bahkan sekadar ingin memenuhi panggilan pelayanan sahaja. Namun, pada saat saya mengikuti Pra-NextGen, saya mengambil serius setiap kelas yang dilaksanakan untuk persiapan diri saya secara peribadi sebelum diutus untuk menjangkau orang lain, dan saat itu saya sedar, terlalu banyak di luar sana yang haus dan lapar akan Kebenaran tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencarinya. Saya juga sedar bahawa Tuhan ingin melakukan sesuatu yang luar biasa untuk orang-orang ini dan saya perlu bertindak.

Jujur, saya takut untuk bertindak. Saya tidak yakin, saya mampu atau tidak. Maka, saya mengambil keputusan untuk mengalahkan ketakutan itu dengan menyerahkan sepenuhnya pelayanan dalam NextGen ini kepada Tuhan. Saya berdoa “Tuhan Yesus, saya takut. Tapi bukan saya tapi Engkau lah yang bekerja. Bukan saya, tapi Engkau lah yang berada di depan ku. Bukan tentang saya, TAPI TENTANG ENGKAU. Amen.”

Semasa pelayanan ada jatuh bangunnya, namun lewat daripada semua itu saya sangat terpegun dan kagum betapa luar biasa pekerjaan Tuhan. Apa yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga bahkan yang tidak pernah terfikirkan, itulah yang dilakukan Tuhan Yesus dalam pelayanan kami sekumpulan. Saat kami penat Tuhan menguatkan, saat kami sedih Tuhan menghiburkan, saat kami tidak tahu harus lakukan apa, Tuhan beri hikmat kebijaksanaan. Sungguh, semuanya kerna Tuhan, dari Tuhan dan hanya untuk kemuliaan Tuhan. Puji Tuhan Yesus, ada ramai yang menerima dan dapat menikmati Kasih Tuhan Yesus melalui projek ini, dan saya pasti semua yang dijangkau akan terus dipelihara Tuhan juga dapat merasakan pekerjaan Tuhan yang luar biasa dalam hidup mereka. Tuhan Yesus memberkati!! ~Elyzie.F

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page