top of page

PEMENANG DALAM SEGALA PERKARA



Saya, Howell Sarok Anak Francis, seorang ahli kumpulan i-Youth, dengan gembira ingin berkongsi pencapaian kami semasa menjalankan program-program di SMK L dari 9 hingga 15 September 2023. Program kami merangkumi Ceramah Unit Bimbangan dan Kaunseling (UBK), Perkumpulan kerohanian Pelajar ISCF, dan pengajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).


Dalam sesi Ceramah UBK, saya membincangkan "Kebijaksanaan Untuk Menggunakan Gajet," menggalakkan pelajar untuk menggunakan gajet dengan bijak dan memberi kesedaran mengenai impak negatif jika tidak digunakan dengan hemah. Selain itu, kami juga melibatkan pelajar dalam perkongsian pengalaman belajar untuk memberi dorongan. Dalam Perkumpulan kerohanian ISCF, kami mengadakan sebuah gathering malam yang mengukuhkan nilai-nilai keagamaan di kalangan lebih daripada 200 pelajar. Selain itu, program pengajaran STEM kami telah memotivasikan pelajar untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi. Kami berharap kerjasama kami dengan SMK L dapat terus memupuk bakat dan pencapaian pelajar-pelajar di masa hadapan.


Saya bervisi untuk melihat lebih banyak di antara anak muda untuk bangkit menjadi pemenang dalam kehidupan bersama Tuhan. Saya percaya Tuhan akan menjadikan benih yang ditabur sebuah penghasilan yang besar.




Sekian, terima kasih.

Yang Benar,


HOWELL SAROK ANAK FRANCIS MENGGA

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page