top of page

Penyertaan-Nya Sangat Nyata!



Shalom!

Saya Jero, saya menaikkan ucapan syukur, pujian dan kemuliaan bagi Allah kita dalam Tuhan Yesus Kristus, Penyelamat kita! Saya berasa sangat diberkati dapat menyertai OAMT dengan tema, The Amazing Race yang telah berlangsung pada 1-13 Mac 2023 yang lepas. Saya dapat merasakan penyertaan, berkat dan kasih Tuhan yang sungguh luar biasa dari awal sehingga akhir penglibatan saya di dalam OAMT ini, berkat dan sukacita yang saya alami sepanjang OAMT ini membuatkan 13 hari berlalu dengan begitu pantas dan telah menjadi pengalaman yang sangat berharga bagi saya!


Pemberitaan khabar baik menjadi suatu misi yang dipegang oleh setiap orang percaya. Walaupun trip misi ini merupakan kali pertama saya menyertai pelayanan seperti ini namun melalui bengkel dan pra-misi (1-4 Mac 2023) yang telah diadakan dapat membantu saya dalam segala persiapan emosi, rohani dan mental yang saya perlukan terutamanya dari segi pengetahuan awal dan latar belakang mengenai bangsa orang asli di Malaysia, penggunaan buku 4 HR, pengetahuan mengenai pemuridan (fan & stick discipleship) dan juga serba sedikit mengenai kesepaduan di dalam kumpulan seperti mengenalpasti personaliti diri dan pengurusan konflik.


Sepanjang OAMT tersebut, penyertaan Tuhan sangat nyata dari awal proses mencari usaha dana untuk mengikuti trip misi ini sehinggalah kekuatan fizikal, emosi, dan mental yang diberiNya sehingga dapat menjalani tentatif yang agak padat dan juga cuaca yang ekstrem. Saat kepenatan dalam pelayanan, Dia memberikan ruang untuk rehat dan memberi pemulihan sehingga dapat meneruskan pelayanan. Saat takut untuk melangkah, Dia memberi kekuatan dan penghiburan dengan kehadiran rakan-rakan sepelayanan yang lain. Saat tidak tahu untuk berkata-kata, di sana juga Roh Kudus menyertai dan mengingatkan tentang Firman-Nya yang harus disampaikan. Sungguh indah dapat berjalan dalam penyertaan Tuhan!


Walaupun penyertaan di dalam OAMT ini perlu mengorbankan waktu cuti dan peluang untuk pulang ke kampung bahkan terpaksa mengeluarkan tenaga dan wang. Namun ia sangat berbaloi apabila suasana di tempat mana kami diutuskan juga seperti berada di kampung halaman bersama “KELUARGA terkasih di dalam Kristus” iaitu sahabat-sahabat sepelayanan yang lain yang juga merupakan anak-anak Borneo, saya dapat merasakan tangan Tuhan yang penuh kasih membelai jiwa ini yang rindu di kampung melalui MT pada kali ini. Saya berharap dapat menyertai lagi MT seperti ini pada kesempatan yang lain. Saya juga berdoa semoga anak-anak yang sudah dijangkau melalui pelayanan ini serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terus tinggal di dalam kasih Kristus yang begitu lebar, panjang, tinggi dan dalam serta tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia (Efesus 3:17-19), Amin Amin Amin!


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page