top of page

Perisaiku


Shalom Anak-anak Tuhan yang dikasihi. Saya Sharon yang berumur 22 tahun dari Sibu Sarawak. Sebelum ini, saya ingin mengucap syukur dan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk join OAMT (My First Mission Trip) di kampung C. Tajuk kesaksian saya adalah Perisaiku. Banyak masalah peribadi yang terpendam dalam diriku, tapi aku masih diberikan kekuatan dan perlindungan seperti dalam (Mazmur 3:4) Tetapi Engkau, TUHAN, adalah perisai yang melindungi aku, Engkaulah kemuliaanku dan yang mengangkat kepalaku.


Actually, saya hampir tidak dapat ikut Mission Trip kali ni sebab clash dengan program persatuan yang lain. Saya juga telah dijadikan Crew dan Ketua Jabatan untuk kedua-dua program ni. Jadi, saya terpaksa buat pilihan. Saya berdoa dan bertanya “Tuhan, mana yang harus saya pilih?” Pada masa yang sama, saya masih memikul tanggungjawab yang agak berat untuk program persatuan itu. Syukur, Puji Tuhan kerna Dia telah bagi saya jawapan untuk menyertai OAMT. Sebagai Crew OAMT, kami juga mempunyai masalah iaitu tiada ticket bas langsung untuk perjalanan ke Cameron. Jadi, ada kemungkinan OAMT kita akan ditunda. Tapi, pertolongan Tuhan sangat luar biasa dalam hidupku sebab kami telah berjaya dapatkan ticket bas dan urusan persatuan itu juga dapat disiapkan sebelum mula OAMT. Haleluyah!


Semasa Pra-Misi, banyak pergumulan, keraguan dan ketidakyakinan terhadap diri sendiri sebab saya "Orang Baru". Sebelum itu, saya juga sebenarnya masuk kumpulan lain tapi lepas ditapis, saya masuk ke kumpulan Atat pula. Jadi, pernah ada kerisauan tentang "macam mana kami mau kerjasama ni?" dalam diriku. Malah, pertemuan saya bersama 14 orang itu bukanlah satu kebetulan, tapi kerana Tuhan yang telah mentakdirkan. Sangat bersyukur dan rasa diberkati sepanjang masa 7 hari tinggal bersama dengan mereka.


Sepanjang masa MT kami di Kampung C, kami telah lakukan KKR berturut-turut di Kampung yang berlainan. Masa rehat mungkin tidak cukup, namun keluarga ini masih bersemangat untuk menginjil dan melayani dalam (PnW, Prayer, Media, Makanan, Lain-lain). Walaupun penat, tapi kami sanggup demi ramai lagi jiwa yang dapat diselamatkan oleh Tuhan Yesus. Semasa Kunjungan Kasih, kami telah diberitahu bahawa golongan remaja di kampung itu kebanyakkan adalah pernah ikut sekolah minggu, tapi disebabkan beberapa faktor menyebabkan sekolah minggu terpaksa dihentikan. Mereka ada kerinduan hati tapi tidak diberikan kesempatan untuk mengenal dan mendekat dengan Tuhan Yesus. Dengan kata lain, tidak kira di mana pun kita berada di dunia ini, terdapat banyak peluang untuk kita kongsikan berita baik Injil Yesus Kristus bersama orang yang kita jumpa, belajar, atau kawan kita sendiri. Ayuh Laskar Kristus, persiapkan diri kita untuk dipakai Tuhan bagi memenangkan jiwa-jiwa dari seluruh bangsa.


Sebelum Mission Trip, perkara yang aku paling takut dan risau iaitu sakit. dan Ya, saya telah sakit pada hari Ketiga MT. Walaupun sakit, tapi saya tetap berdoa agar terus diberikan kekuatan dan kesembuhan daripada Tuhan kerna Dialah perisai yang akan melindungi kita dan melawan penyakit ini. Syukur, Puji Tuhan kerna saya tetap diberikan kekuatan dan semangat untuk melakukan penginjilan pada hari seterusnya. Ia macam terus sembuh semasa saya menginjil anak-anak di kampung. Haleluyah! Terima kasih juga kepada keluarga ini sebab selalu jaga saya time sakit. Lurvee!


Melalui Mission Trip ini juga, saya juga lebih yakin terhadap diri saya iaitu menjadi seorang guru. Saya ingin mengucap “ Terima kasih, Bapa. Kerna Engkau telah memberikan saya peluang untuk jadi 'Cikgu' kepada anak-anak di Kampung C.” Sangat diberkati. Mungkin perjalananku lambat, masih belum dapat jadi the real ‘guru’ tapi biarlah sampai dengan selamat dan yakin Rencana Tuhan pasti Indah dan ada yang terbaik untuk diriku. Amin.


Last but not least, saya ingin mengucap syukur dan terima kasih atas pelayanan semua daripada Keluarga Team Atat dan Crew OAMT ini. Banyak ajaran, nasihat, pengalaman dan kenangan indah melalui First Mission Trip ni. Mungkin masih ada yang rasa “Tidak sehebat macam orang lain atau Tidak Layak”, tapi percayalah Tuhan telah say “Yes, You Can! Just Go and Show It!” Kamu layak dan HARUS cuba.

Terima Kasih juga kepada mereka yang telah menyokong kami dari segi dana dan doakan pelayanan kami sepanjang masa MT. Tuhan memberkati.

-Ronn

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page