top of page

RENCANA TUHAN & BERHARGA DALAM TUHAN



Shalom!

Halleluya! Syukur puji Tuhan saya dapat mengikuti Next Gen kali ini. Saya sangat bersukur atas kesempatan yang telah Tuhan berikan & campur tangan Tuhan dari awal persiapan NG sehingga akhir. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti NG jadi secara peribadi, ianya sangat-sangat istimewa & bermakna buat saya. Melalui NG, saya telah dibentuk dengan luar biasa. Saya mengalami banyak breakthrough terutama dalam pelayanan & saya dapat rasakan saya telah bertumbuh secara rohani. Saya dapat merasakan bagaimana menjadi seorang Kristian dan pengikut Kristus yang sebenar. Memberitakan injil kepada anak-anak muda, melayani Tuhan. Wow, betapa indahnya pengalaman itu! Banyak pergumulan, keraguan dan cabaran yang saya lalui tetapi bersama Tuhan pasti boleh. Saya tidak mampu tapi Tuhan yang memampukan saya. Saya juga diberkati dengan banyak peribadi yang mendorong saya dalam pelayanan & pertumbuhan rohani saya. Sungguh indah & luar biasa rencana Tuhan dalam hidup saya untuk membentuk saya menjadi lebih baik.


Satu perkara yang sangat mengejutkan saya apabila melayani di sekolah tersebut kerana murid-murid yang dipilih untuk menyertai program kami merupakan murid-murid yang bermasalah. Tetapi saya dapat melihat bahawa mereka bersungguh-sungguh untuk dekat dengan Tuhan. Saya merasakan bahawa mereka hanya anak-anak muda yang hilang arah & sangat haus akan Tuhan. Pada awalnya kami terkejut, risau dan tertanya-tanya kepada Tuhan mengapa mereka? Tuhan telah menjawab salah seorang kawan kami iaitu "setiap orang adalah seseorang". Mereka sangat bernilai dan berharga di mata Tuhan. Mereka memerlukan tangan seseorang untuk menggapai mereka. Saya sangat bersyukur kerana saya & kawan-kawan saya telah digunapakai oleh Tuhan untuk melayani di sekolah ini.

Selain itu, cabaran terbesar saya sepanjang pelayanan ialah menginjil. Saya sangat takut, tidak yakin dan risau. Tapi syukur, dengan penyertaan Tuhan saya dan kawan saya dapat menyelesaikannya. Saya percaya Tuhan akan pakai setiap daripada pelajar-pelajar yang kami layani. Semoga mereka menjadi terang & garam bagi dunia.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana memiliki team yang sangat-sangat membantu dan mendorong saya dalam pertumbuhan rohani saya. Pelayanan mereka sangat luar biasa. Ianya memberi semangat & kekuatan kepada saya dalam sepanjang pelayanan saya. Walaupun saya berasa banyak kekurangan, tidak yakin dan melakukan banyak kesilapan tetapi mereka tetap memberi motivasi & menegur dengan kasih. Jadi, setakat ini sahaja perkongsian saya. Thank you Next Gen 2023!

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page