top of page

Saya Mencintai Saya Sebab Dia Terlebih Dahulu Mencintai Saya


Shalom kepada semua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk memberikan kesaksian. Di sebalik tajuk yang saya nyatakan, terdapat kisah di mana saya tidak dapat mengampuni diri saya disebabkan kesalahan saya. Dosa lama saya telah menutup sukacita dalam hidup saya dan saya merasa tidak lagi layak di hadapan Tuhan. Tiada lagi senyuman melainkan hanya ada kemurungan. Syukur puji Tuhan kerana Dia membuka jalan keluar kepada saya dengan menyediakan tempat untuk saya di Kem Next Gen. Semasa mengikuti kem ini, saya banyak belajar tentang kasih.


Next Gen membuat saya sedar betapa berharganya diri kita sehingga Yesus sanggup mati di kayu salib untuk dosa kita. Oleh kerana kasih Yesus telah menyelamatkan saya, saya juga mengasihi diri saya dan berdamai dengan diri saya. Puji Tuhan saya tidak lagi merasa terikat dengan dosa lama saya tetapi sebaliknya saya sangat mengasihi Tuhan, diri saya dan juga orang-orang yang berada disekeliling saya. Tuhan memberkati kamu.


Sebab itu Aku berkata kepadamu: Dosanya yang banyak itu telah diampuni, sebab ia telah banyak berbuat kasih. Tetapi orang yang sedikit diampuni, sedikit juga ia berbuat kasih.-Lukas 7:47


-Marina-

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page